top of page

Jangan Membenci Bangsamu Sendiri



1 Samuel 27:7-9, 12 (AVB)

       Selama satu tahun empat bulan tinggallah Daud di daerah orang Filistin itu. Maka Daud dan para pahlawannya bergerak maju dan menyerbu orang Gesur, orang Girzi dan orang Amalek; kerana orang itu memang penduduk asal negeri itu yang membentang dari Telam ke arah Syur sampai Tanah Mesir. Apabila Daud memusnahkan negeri itu, tiada seorang pun yang dibiarkannya hidup, baik lelaki mahupun perempuan. Dia menjarah domba, lembu, keldai, unta dan pakaian, kemudian pulanglah dia semula kepada Akhis.

Tetapi Akhis mempercayai Daud, kerana fikirnya, “Tentulah dia telah membuat diri dibenci dalam kalangan bangsanya orang Israel. Oleh itu, dia akan menjadi hambaku buat selama-lamanya.”


Pengajaran/ Refleksi.

1. Raja Saul sangat membenci Daud walaupun Daud adalah bangsanya sendiri. Maka itu Daud, melarikan diri ke tanah Filistin dan tinggal di Daerah Gat. Di sana Daud, tetap hebat, sehingga dia menyerbu banyak tempat.

2. Walaupun Daud hebat dan perkasa dalam perperangan tetapi Raja Akhis berfikir bahawa Daud begitu dibenci oleh bangsanya sendiri, sehingga dia terpaksa menjadi hamba Raja Akhis seumur hidupnya.


Firman Tuhan hari ini mengajar kita supaya tidak membenci bangsa sendiri. Orang bangsa lain akan mengambil kesempatan untuk memakai bangsa kita menjadi hamba. Kasihi, bantu dan sokonglah bangsamu sendiri, untuk kemuliaan nama Tuhan. Bak kata orang, "bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh"!

Halleluya dan amin!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comentarios


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page