top of page

Jangan Memberontak Terhadap Tuhan atau Mengabdi kepada Ilah Lain

Hakim-Hakim 2:19-20, 22-23 (BM)

Tetapi selepas pemimpin itu meninggal, umat Israel berkelakuan lebih jahat daripada generasi yang sebelumnya. Mereka menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain. Mereka kembali kepada kebiasaan-kebiasaan yang jahat dan tidak mahu mengubah kelakuan mereka. Oleh itu TUHAN sangat murka terhadap umat Israel dan berfirman, "Bangsa ini sudah memungkiri perjanjian yang Aku buat dengan nenek moyang mereka. Mereka memberontak terhadap Aku. Aku akan menggunakan bangsa-bangsa itu untuk menguji umat Israel, supaya Aku tahu sama ada umat Israel menurut perintah-Ku seperti nenek moyang mereka, ataupun tidak." Itulah sebabnya TUHAN tidak memberikan kemenangan kepada Yosua atas bangsa-bangsa itu. Sebaliknya, TUHAN membiarkan mereka tinggal di negeri itu dan tidak segera mengusir mereka.


Pengajaran/Refleksi

  1. Firman TUHAN hari ini mengajar kita supaya tidak menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan lain yang ada di sekeliling kita.

  2. Jangan memberontak terhadap TUHAN dengan kembali kepada kebiasaan-kebiasaan yang jahat dan tidak mahu mengubah kelakuan.

  3. TUHAN akan murka terhadap mereka yang memberontak dan mengabdikan diri kepada tuhan-tuhan lain. TUHAN tidak memberi kemenangan kepada mereka.


SYARAT UNTUK KITA MENANG DALAM KEHIDUPAN ADALAH JANGAN MEMBERONTAK KEPADA TUHAN DAN MENYEMBAH ILAH-ILAH LAIN.


Doa

Terima kasih TUHAN, kerana Engkau memperingatkan kami dengan Firman-Mu hari ini. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page