top of page

Jangan Memberontak Terhadap Tuhan Dan Jangan Sombong



1 Samuel 15:23 (AVB) 'Sebab penderhakaan sama seperti dosa bertenung dan kedegilan sama seperti penyembahan berhala. Kerana engkau telah menolak firman TUHAN, maka Dia juga telah menolak engkau sebagai raja.” '


  1. Raja Saul memberontak terhadap TUHAN, menyebabkan TUHAN mencabut haknya sebagai raja dan juga menolak keturunannya. FIRMAN TUHAN mengatakan bahawa orang yang memberontak terhadap TUHAN sama jahatnya dengan orang yang melakukan sihir.

  2. Orang yang sombong pula sama jahatnya dengan penyembah berhala. Penyembah berhala dikategorikan sebagai pembuat dosa kerana mereka tidak menyembah TUHAN, Sang Pencipta dan Yang Maha Kuasa.


MAKA ITU, JANGANLAH MEMBERONTAK TERHADAP TUHAN DAN JANGAN BERSIKAP SOMBONG, KERANA TUHAN TIDAK SUKA ORANG YANG BERBUAT DEMIKIAN.


Doa

Terima kasih, TUHAN, untuk Firman-Mu pada hari ini. Berikanlah kami hati yang senantiasa taat melakukan kehendak-Mu. Jauhkanlah kami daripada sikap memberontak dan kesombongan hati. Kiranya Engkau memberkati kami, umat-Mu, secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit



Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page