1 Samuel 5:6-12 (BM)
Tuhan menghukum penduduk Asdod dengan berat sekali, dan menakutkan mereka. Dia menghukum mereka dan penduduk di daerah sekitar dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka. Ketika mereka nampak apa yang sedang berlaku, mereka berkata, "Allah Israel menghukum kita dan Dagon, dewa kita. Kita tidak boleh membiarkan Tabut Perjanjian itu tinggal di sini lagi." Oleh itu mereka menjemput kelima-lima orang raja Filistin supaya berkumpul, lalu bertanya, "Apakah yang harus kita lakukan dengan Tabut Perjanjian Allah umat Israel itu?" Raja-raja itu menjawab, "Pindahkanlah Tabut itu ke kota Gat." Lalu Tabut itu dipindahkan ke Gat, sebuah kota Filistin yang lain. Tetapi setelah Tabut itu sampai di sana, TUHAN menghukum penduduk kota itu juga dan menimbulkan keadaan yang sangat mencemaskan. TUHAN menghukum semua penduduk dengan bengkak-bengkak pada tubuh mereka, baik orang muda mahupun orang tua. Oleh itu mereka menghantar Tabut Perjanjian ke Ekron, sebuah kota Filistin yang lain lagi. Tetapi apabila Tabut tiba di sana, penduduk kota itu berkata, "Lihatlah, mereka membawa Tabut Perjanjian Allah Israel ke mari untuk membunuh kita semua!" Oleh itu mereka memanggil semua raja Filistin berkumpul, lalu berkata, "Hantarlah Tabut Perjanjian Allah Israel itu ke tempat asalnya, supaya tidak dapat membunuh kami dan keluarga kami." Segenap penduduk kota itu cemas kerana Allah menghukum mereka dengan sangat berat. Orang yang tidak mati, ditimpa penyakit bengkak-bengkak sehingga penduduk kota itu berteriak minta tolong kepada dewa-dewa mereka.
Pengajaran/Refleksi
Tuhan menghukum orang yang tidak percaya kepada-Nya karena mereka menyimpan Tabut Perjanjian dengan sembarangan, dan Tuhan menghukum mereka dengan penyakit bengkak-bengkak pada tubuh mereka.
Mereka menyadari hukuman Allah Israel dan berusaha menghindari hadirat-Nya dengan memindahkan Tabut Perjanjian, tetapi Tuhan tetap menghukum mereka. Akhirnya, mereka memutuskan untuk mengembalikan Tabut itu ke tempat asalnya supaya Tuhan tidak membunuh mereka.
Maknanya bagi kita hari ini:
Kuasa Tuhan itu nyata dan tidak boleh dipermainkan. Kita harus menghormati Tuhan dalam hidup kita, sebab Tuhan adalah hidup dan berkuasa. Sembahlah Dia dengan segenap hati dan takutlah akan Dia.
Doa
Terima kasih Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya tidak mempermainkan Engkau dalam kehidupan kami. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments