top of page

Jangan Menduga Tuhan Kita

Tetapi Yesus menjawab, “Ada dikatakan, ‘Janganlah engkau menduga Tuhan, Allahmu.’ ” Lukas 4:12 AVB

 

Setelah Iblis gagal menggoda Yesus untuk kali kedua, dia membawa Yesus ke Yerusalem dan meletakkan Yesus di puncak Bait Suci. Lalu dia berkata kepada Yesus, “Jika Engkau Anak Allah, terjunlah dari sini kerana telah tersurat, ‘Allah akan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya untuk menjaga-Mu dan mereka akan menatang-Mu supaya kaki-Mu tidak terhantuk batu.’ ”

 

Dalam percubaan ketiga untuk “menduga” Tuhan (Luk 4:4-12), Iblis sangat licik dan bertaktik memutarbalikkan kebenaran Firman Tuhan dengan mengutip ayat daripada kitab Mazmur 91:11,12 yang berkata bahawa Allah berjanji untuk memberikan pemeliharaan kepada hamba-Nya.

 

Dengan berpandukan ayat Firman Tuhan ini (Mazmur 91:11,12), Iblis sewenang-wenangnya meminta Yesus untuk terjun dari puncak tinggi itu, kerana menurut ayat tersebut, Tuhan berjanji untuk menjaga dan memelihara semua hambanya.

 

Bagaimanapun, Yesus tahu bahawa permintaan Iblis ini merupakan satu tindakan menduga Allah untuk melakukan keajaiban bagi kepentingan diri-Nya. Oleh itu, Yesus menolak permintaan Iblis kepada-Nya untuk terjun dari puncak tinggi.

 

Sesungguhnya, sikap menduga bukanlah sikap seorang yang sudah percaya kepada Tuhan Yesus. Sebab menduga Tuhan bererti seseorang itu secara sengaja memaksa Tuhan untuk melakukan suatu perkara besar dalam hidupnya.

 

Dengan itu, sebagai seorang yang percaya kepada Tuhan Yesus dan sudah mempercayakan seluruh hidup kepada-Nya, kita tidak boleh menduga Tuhan dengan memaksa Tuhan untuk mengerjakan keajaiban bagi diri kita. Sikap ini merupakan sikap seorang yang tidak mengenal Tuhan. Oleh itu, janganlah kita menduga Tuhan.

 

Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu dan memohon agar Tuhan memberi aku hati yang ingin memuliakan nama-Mu. Ajarlah aku untuk tunduk dan taat kepada pimpinan-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page