“…Beritahu jemaahmu supaya tidak mengumpat ataupun bertengkar dengan sesiapa pun, tetapi bersikap ramah tamah dan lemah lembut kepada semua orang...” Titus 3:2
Paulus menasihati Titus supaya memberitahu jemaahnya agar tidak mengumpat ataupun bertengkar dengan sesiapa pun, tetapi mereka harus bersikap ramah tamah dan lemah lembut kepada semua orang. Ini kerana kita harus ingat bahawa pada masa lalu, kita juga pernah bersikap demikian—bodoh, tidak taat, sesat, dan diperhambakan oleh pelbagai nafsu dan keinginan.
Namun, oleh kerana kita sudah hidup bersatu dengan Kristus, kehidupan kita haruslah berubah. Kita harus mengamalkan sikap yang tunduk dengan rela, mematuhi pemerintah, dan menjaga hubungan yang baik dengan semua orang.
Sebagai seorang Kristian yang sesungguhnya sudah bersatu dengan Kristus, kita harus menunjukkan sikap dan tingkah laku yang membawa damai kepada semua orang, dan bukan mengumpat atau bertengkar dengan orang lain.
Doa:
Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, memohon pengampunan daripada-Mu sekiranya saya mengatakan sesuatu yang tidak berkenan kepada-Mu tentang orang lain. Ajar saya untuk lebih banyak berkata tentang Engkau, Tuhan. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
コメント