top of page

Jangan Menyembah Tuhan yang Lain

Hakim-Hakim 2:11, 15 (BM)

Kemudian umat Israel berdosa terhadap TUHAN. Mereka tidak lagi menyembah TUHAN, Allah nenek moyang mereka, iaitu Allah yang telah membawa mereka keluar dari Mesir. Mereka mula menyembah Baal dan Asytoret serta dewa-dewa yang disembah oleh bangsa-bangsa di sekitar mereka. Oleh itu TUHAN murka kepada mereka dan membiarkan perompak menyerang serta merompak mereka. Mereka tidak berdaya menghadapi musuh di sekitar mereka. Tiap-tiap kali mereka pergi berperang, TUHAN menentang mereka, seperti yang sudah diperingatkan-Nya kepada mereka. Mereka mengalami kesusahan yang sangat besar.


Pengajaran/Refleksi

  1. Firman TUHAN hari ini mengajar setiap kita supaya tidak menyembah ilah-ilah lain, tetapi sembahlah TUHAN yang hidup dan benar dalam Yesus Kristus.

  2. Sangat jelas bahawa orang yang menyimpang dan menyembah ilah-ilah lain akan menghadapi penentangan dari TUHAN seperti yang sudah diperingatkan dalam Firman-Nya. Untuk menghindari kemurkaan TUHAN dalam kehidupan kita, jangan menyembah allah lain.


Walaupun demikian, TUHAN tetap membuka jalan bagi setiap manusia untuk kembali kepada-Nya dengan bertobat. Akuilah segala dosa-dosamu di hadapan TUHAN, maka Ia akan mengampuni segala dosa kita (lihat 1 Yohanes 1:8-9).


Doa

Terima kasih TUHAN, kerana Engkau memperingatkan kami dengan Firman-Mu hari ini, supaya kami jemaat-Mu tidak menyembah ilah-ilah lain. Hamba berdoa, supaya Engkau memberkati setiap jemaat-Mu yang membaca dan melakukan Firman-Mu ini. Dalam nama Yesus. Haleluyah dan Amen.


Rev. Ali Langgit

Kommentarer


bottom of page