top of page

Jangan Sampai Keluarga atau Kota Kita Kehilangan Kemuliaan Tuhan


1 Samuel 4:20-22 (BM)

Apabila dia sudah hampir meninggal, wanita-wanita yang menolong dia berkata kepadanya, "Tabahlah! Anakmu lelaki!" Namun dia tidak menjawab atau memperhatikan mereka. Dia menamakan anak itu Ikabod. Katanya, "Israel sudah kehilangan kemuliaan Allah." Dia berkata demikian kerana Tabut Perjanjian sudah dirampas dan bapa mentuanya serta suaminya sudah meninggal. Dia berkata, "Kemuliaan Allah sudah meninggalkan Israel, kerana Tabut Perjanjian Allah sudah dirampas."


Pengajaran/Refleksi

  1. Menantu Eli, isteri Pinehas, menamakan anaknya Ikabod, bermaksud "Israel sudah kehilangan kemuliaan Allah," kerana Tabut Perjanjian dirampas oleh musuh.

  2. Kehilangan Tabut Perjanjian melambangkan hilangnya kehadiran dan kemuliaan Tuhan dari Israel.


Seruan

Jangan sampai kemuliaan Tuhan hilang dari keluarga atau kota kita kerana kita menjauhkan diri daripada-Nya. Seumpama Tabut Perjanjian yang dirampas oleh musuh, jika kita meninggalkan Tuhan, kita juga kehilangan kehadiran-Nya. Amalkan hubungan yang baik dengan Tuhan setiap waktu.


Doa

Terima kasih, Tuhan, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami agar kami tidak menjauhkan diri daripada Engkau. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page