top of page

Jangan Sampai Tuhan Menyesal Telah Melantik Atau Memilih Kita Dalam Pelayanan-Nya



1 Samuel 15:32-35 (AVB)

'Kemudian Samuel berkata, “Bawalah ke mari Agag, raja orang Amalek itu.” Agag pun datang kepadanya dengan gembira. Fikir Agag, “Tentulah pahitnya maut sudah berlalu.” Kata Samuel, “Sebagaimana pedangmu membuat perempuan-perempuan kehilangan anak, demikianlah antara perempuan, ibumu akan kehilangan anak.” Lalu Samuel mencencang Agag di hadapan TUHAN di Gilgal. Sesudah itu Samuel pulang ke Rama, sedangkan Saul pulang ke rumahnya di Gibea, kota Saul. Samuel tidak melihat Saul lagi sampai hari kematiannya, kerana Samuel berdukacita atas Saul. Hati TUHAN pun masyghul kerana Dia telah mengangkat Saul untuk menjadi raja atas orang Israel.'


  1. Dalam cerita ini, Samuel membunuh Raja Agag kerana dia telah menyebabkan banyak ibu kehilangan anak; demikian juga ibu dia akan kehilangan anaknya (Raja Agag). Samuel memotong-motong Raja Agag di depan mazbah di Gilgal.

  2. Samuel sedih kerana TUHAN menyesal telah melantik Raja Saul menjadi raja. TUHAN tetap dengan pendirian-Nya bahawa DIA tidak menerima Raja Saul sebagai raja, kerana dia tidak taat melakukan kehendak TUHAN. Dia melakukan setiap perkara menurut kehendak-Nya.


LAKUKAN YANG TERBAIK BAGI TUHAN DALAM SETIAP APA PUN YANG KITA LAKUKAN.Kolose 3:23 (AVB) 

'Lakukan segala kerja dengan sebulat hatimu untuk Tuhan, bukan untuk manusia, '


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Berikan kami hati yang senantiasa taat melakukan kehendak-Mu. Jauhkan kami daripada memiliki sikap yang mementingkan diri sendiri dan tidak taat terhadap perintah-Mu. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit






Comments


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page