top of page

Jangan Takut dan Jangan Membelakangi Tuhan Lagi


1 Samuel 12:20-22 (BM)

Samuel menjawab, "Jangan takut! Walaupun kamu sudah melakukan perkara yang jahat, jangan belakangi TUHAN. Tetaplah mengabdi kepada-Nya dengan sepenuh hati kamu. Jangan ikut dewa-dewa yang tidak dapat menolong ataupun menyelamatkan kamu, kerana dewa-dewa itu sebenarnya tidak wujud. TUHAN sudah bersumpah bahawa Dia tidak akan meninggalkan kamu, kerana Dia sudah mengambil keputusan untuk menjadikan kamu umat-Nya sendiri.


Pengajaran/Refleksi

  1. Jangan takut! Walaupun kamu sudah melakukan perkara yang jahat, jangan membelakangi TUHAN lagi walau apapun yang terjadi dalam kehidupan kita.

  2. Tetaplah mengabdikan diri kepada TUHAN dengan sepenuh hati dan jangan ikut dewa-dewa yang tidak dapat menolong ataupun menyelamatkan kamu, kerana dewa-dewa itu sebenarnya tidak wujud.

  3. Syukur kepada TUHAN kerana DIA telah bersumpah bahawa DIA tidak akan meninggalkan kita, kerana DIA sudah mengambil keputusan untuk menjadikan kita umat-Nya sendiri.


Doa

TUHAN, berkati Firman-Mu hari ini dalam kehidupan kami, supaya kami tetap berharap kepada-Mu selama-lamanya. Pimpinlah dan kuasailah hidup kami sentiasa. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page