1 Samuel 16:1-3 (AVB)
'Berfirmanlah TUHAN kepada Samuel, “Berapa lama lagi engkau akan berdukacita atas Saul kerana Aku telah menolak dia sebagai raja atas Israel? Isilah tabung tandukmu dengan minyak dan pergilah. Aku mengutus engkau kepada seorang Betlehem bernama Isai, kerana Aku telah memilih bagi-Ku seorang raja daripada kalangan anaknya.” Kata Samuel, “Masakan aku boleh pergi? Jika Saul mendengarnya, tentu dia akan membunuhku.” Firman TUHAN, “Bawalah seekor lembu betina yang muda dan katakan, ‘Aku datang untuk mempersembahkan korban di hadapan TUHAN.’ Undanglah Isai ke upacara korban itu, dan Aku akan menunjukkan kepadamu apa yang harus kamu lakukan. Lantiklah bagi-Ku orang yang akan Kusebutkan kepadamu.” '
TUHAN Allah telah menolak Raja Saul menjadi raja umat-Nya. Maka dengan itu, TUHAN telah mencari seorang penggantinya daripada anak Isai di Betlehem.
TUHAN berfirman kepada Samuel, "Sekarang, bawalah minyak zaitun dan pergilah ke Betlehem, kepada seorang yang bernama Isai."
Samuel bertanya, "Bagaimana mungkin aku berbuat demikian?"
TUHAN menyuruh Samuel untuk memberi persembahan korban kepada-Nya dan menjemput Isai sekali.
TUHAN memberitahu Samuel, bahkan kita yang percaya hari ini, apa yang harus kita lakukan.
JANGAN TAKUT UNTUK MELAKUKAN KEHENDAK TUHAN DALAM KEHIDUPAN KITA, SEBAB DIA AKAN MENYERTAI DAN MEMBERITAHU APA YANG HARUS KITA LAKUKAN. APA YANG TUHAN TUNJUKKAN KEPADA KITA TAK AKAN SALAH.
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini bagi kami. Berikan kami hati yang senantiasa taat melakukan kehendak-Mu dan percaya akan penyertaan TUHAN. Kiranya Engkau memberkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comments