“...Roh Allah menyertai Simeon dan memberitahu dia bahawa dia tidak akan meninggal sebelum melihat Penyelamat yang dijanjikan oleh Tuhan.......”
Lukas 2:25b-26
Ada seorang yang bernama Simeon, yang tinggal di Yerusalem. Dia adalah seorang yang baik dan hidup takut akan Allah. Dia sangat menantikan akan masa Allah menyelamatkan bangsa Israel. Dia juga seorang yang dipenuhi Roh Allah.
Oleh kerana Roh Allah menyertai Simeon maka dia diberitahu oleh Roh Allah bahawa dia tidak akan meninggal sebelum dia melihat Penyelamat yang dijanjikan oleh Allah kepada umatNya akan datang.
Oleh kerana digerakkan oleh Roh Kudus maka Simeon datang ke Rumah Tuhan dan didalam rumah Tuhan Simoen bertemu dengan Yusuf dan Maria yang membawa Yesus, yang masih kecil ke Rumah Tuhan untuk melakukan apa yang diperintahkan Taurat bagi-Nya.
Dengan serta-merta Simeon menggendong Yesus lalu memuji Allah dan berkata, “Sekarang, ya Tuhan, Engkau telah menepati janji-Mu. Biarlah hamba-Mu meninggal dengan tenteram. Dengan mataku sendiri aku sudah melihat Penyelamat yang datang daripada-Mu.
Tuhan tetap memberikan kesempatan bagi diri kita, Dia sentiasa memenuhi segala kerinduan kita sekiranya kita setia kepadaNya. Kita harus menjalani kehidupan yang berkenaan kepadaNya sepanjang hidup kita didunia ini.
Oleh itu janganlah khuathir dan ragu dengan janji Tuhan untuk hidup kita, apa yang Dia janjikan kepada kita, pasti Dia akan penuhi.
Doa: Bapa yang di surga, terima kasih kerana kesempatan yang Engkau berikan kepada saya untuk melihat pekerjaanMu dan keajaibanMu... didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comments