Pemazmur menceritakan tentang janji yang Tuhan katakan bagi orang yang percaya kepada-Nya. Janji ini merupakan jaminan bagi umat Tuhan. Dimana pemazmur berkata “...orang yang percaya kepada TUHAN adalah seperti Bukit Sion, yang kukuh tidak bergoyang dan bertahan selama-lamanya. Seperti gunung-gunung melindungi Yerusalem, demikianlah TUHAN melindungi umat-Nya, sekarang hingga selama-lamanya.....” Mazmur 125:1-2
Orang yang percaya kepada Tuhan ini merujuk kepada orang-orang benar yang hidup berharap kepada Tuhan, dibenar di hadapan Tuhan serta dikuduskan oleh Tuhan, mereka adalah orang yang benar menurut pandangan Tuhan.
Pemazmur berkata kepada kita bahawa mereka yang percaya kepada Tuhan adalah seperti Gunung Sion. yang tidak dapat goyah dan tetap untuk selama-lamanya dan seperti gunung-gunung mengelilingi Yerusalem, begitu Tuhan mengelilingi umat-Nya dari sekarang sampai selama-lamanya.
Oleh kerana mereka mempercayai diri mereka kepada Tuhan bagi hidup mereka maka mereka pun tidak akan goyah dan akan tetap bertahan untuk selama-lamanya. Sebab Tuhan yang mengelilingi dan melindungi mereka sekarang dan untuk selama-lamanya, seperti gunung-gunung yang mengelilingi Yerusalem.
Bagaimana dengan diri anda hari ini? apakah anda sesungguhnya mempercayai Tuhan menguasai hidup anda? Sebab bagi mereka yang hidup berharap kepada Tuhan, mereka akan dilindungi dan dijaga oleh Tuhan.
Mahukah anda mengalami janji perlindungan dan penjagaan Tuhan dalam hidup anda hari ini? Oleh itu percayalah kepada Tuhan dengan penuh hatimu.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan bersyukur kepadaMu kerana janjiMu yang sangat besar dalam hidup saya, ajar saya untuk mempercayaiMu dengan segenap hidup saya, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments