“…Jauhkanlah dirimu daripada percakapan yang sia-sia dan menghina Allah. Percakapan seperti itu hanya membuat orang semakin jauh daripada Allah.......” 2 Timotius 2:16
Paulus menasihat Timotius supaya menjauhkan dirinya daripada orang yang sentiasa bercakap tentang hal yang tidak berguna, yang bukan berasal dari Allah. Sebab perbualan atau percakapan yang seperti ini, hanya akan memimpinkan diri mereka untuk semakin jauh daripada Tuhan dan menentang Allah.
Oleh itu marilah kita menjauhkan diri kita daripada melibatkan diri kita didalam percakapan yang tidak memberikan apa-apa keuntungan untuk iman kita. Tetapi sebaliknya marilah kita bercakap lebih banyak tentang hal-hal yang membangun dan membina iman kita dan orang yang ada di sekeliling kita.
Sebab hati Tuhan hanya senang apabila kita melibatkan diri kita didalam percakapan yang memuliakan nama-Nya dan bukan percakapan yang tidak memuliakan nama-Nya. Oleh itu selagi ada kesempatan berilah kata-kata yang mendorong dan membangun.
Sebab percakapan yang tidak memuliakan Tuhan hanya akan memberi ruang kepada iblis untuk memusnahkan keyakinan orang akan diri kita bahkan kepada Tuhan. Dengan itu hindarilah diri kita daripada segala percakapan yang sia-sia dan tidak membangun.
Kata-kata yang diucapkan mempunyai kuasa untuk menyelamatkan ataupun membinasakan. Orang harus merasakan kesan kata-kata mereka. Amsal 18:21
Doa: Bapa yang di syurga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan memberikan saya hati yang sentiasa bercakap tentang FirmanMu kepada semua orang. Didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments