top of page

Jika Tuhan Berjanji, Pasti Dia Genapi

“…Pada waktu yang tepat, Allah menyatakan janji itu dalam perkhabaran-Nya. Perkhabaran tersebut diamanahkan kepadaku dan aku mengisytiharkannya dengan perintah Allah Penyelamat kita....” Titus 1:3


Paulus berkata kepada kita bahawa Allah tidak pernah berdusta kepada kita tentang pengharapan akan kehidupan yang kekal yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kita sejak dahulunya lagi. Segalanya telah dibuktikan oleh-Nya kepada kita melalui umat pilihan-Nya dimana Dia sentiasa menggenapi janji-Nya kepada mereka.


Oleh itu sebagai orang yang percaya kepada Tuhan, maka kita tidak perlu kuathir dengan apa yang telah janjikan kepada, sebab Dia Tuhan yang tidak akan lupa janji-Nya kepada kita. Oleh kerana kita sudah percaya dan mengikuti ajaran-Nya, maka kita sangat yakin kehidupan yang kekal yang kita memiliki didalam-Nya.


Oleh itu janganlah kita kuathir atau ragu dengan apa yang kita percaya pada hari ini, tetapi berpeganglah teguh dan kuat pada janji-Nya dan ajaran-Nya. Sebab hal ini yang akan menyebabkan keyakinan kita didalam-Nya semakin kuat dan tidak akan goyah.


Ingat, jika Tuhan berjanji maka Dia pasti akan menggenapi-Nya bagi kita, oleh itu janganlah kita ragu akan janji-Nya, berjalanlah akrab dengan-Nya dengan berpegang pada janji dan ajaran-Nya.


Doa: Bapa yang di syurga, saya datang kepadaMu, memohon kepada-Mu kekuatan dan hikmat, agar saya akan tetap kuat dan teguh berpegang pada janji-Mu, ajar saya untuk melihat kepadaMu dalam segala perkara. Didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page