top of page

Jika TUHAN Tidak Menolong Aku



“…Jika TUHAN tidak menolong aku, pasti aku sudah pun sampai ke dunia orang mati........” Mazmur 94:13


Pemazmur berkata kepada kita bahawa sekiranya bukan Tuhan yang tidak menolong dirinya, pasti dia sudah pun sampai ke dunia orang mati. Hal ini berkata kepada kita bahawa keberadaan Tuhan dalam hidup seseorang itu akan menyebabkan dirinya sentiasa selamat dan aman.


Pemazmur mahu berkata kepada kita bahawa walaupun umat Tuhan sedang melalui penderitaan dalam hidup mereka, namun oleh kerana Tuhan bersama-sama dengan mereka maka mereka selamat daripada masuk ke dalam dunia orang mati.


Oleh itu kita tidak perlu takut dengan keadaan yang sedang kita lalu didalam hidup kita pada hari ini, sebab Tuhan berkata kepada kita bahawa Dia tidak sekali-kali akan meninggalkan diri kita. Seperti mana Dia menyatakan diriNya kepada umatNya pada masa yang lalu. Kerana mereka adalah milik pusaka-Nya, oleh itu Dia tidak akan melepaskan mereka begitu sahaja.


Hal ini berkata kepada kita bahawa Tuhan tidak akan sekali-kali membiarkan siapa untuk merampas kita dari diriNya sebab kita adalah milik-Nya yang sangat berharga. Oleh itu kita tidak perlu lagi ragu dan kuathir dengan apa-apa yang cuba mengancam diri kita.


Oleh kerana Dia adalah Tuhan yang disembah oleh Abraham, Isak dan Yakob telah melakukan hal yang sangat besar dalam hidup umatNya pada masa yang lalu, pasti akan melakukan hal yang sama terhadap diri kita pada hari ini. Oleh itu marilah kita bersandar sepenuhnya kepada Tuhan untuk pertolongan pada hari ini. Sebab Dia dapat menolong kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji namaMu, kerana didalamMu hati saya tenang dan damai, oleh itu ajarlah saya untuk berserah kepadaMU setiap hari. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comentarios


bottom of page