top of page

Kasih Yang Mulia Atau Yang Sejati



2 Samuel 1:23-26 (AVB)

     23Saul dan Yonatan ialah orang yang dicintai dan yang menyenangkan,yang tidak terpisah dalam hidup dan mati mereka. Mereka lebih cepat daripada burung rajawali, mereka lebih kuat daripada singa.24Wahai kaum wanita Israel, ratapilah Saul, yang mendandani kamu dalam kemewahan kain merah menyala, yang menyematkan segala perhiasan emas pada busanamu. 25Betapa telah gugur para kesateria dalam medan pertempuran! Yonatan terbunuh di kawasan bukit yang tinggi-tinggi.26Hatiku sengsara kerana engkau, Yonatan, saudaraku. Terlalu ramah engkau kepadaku, ajaib kasihmu kepadaku, lebih daripada cinta kaum wanita.


Pengajaran/ Refleksi.

1. Daud memberi pujian kepada Raja Saul dan anaknya Yonatan. Mereka lebih tangkas daripada burung rajawali, dan lebih kuat daripada singa.

2. Daud bersedih kerana kematian saudaranya Yonatan. Alangkah baiknya Yonatan terhadap Daud. Alangkah mulianya kasih Yonatan terhadap Daud, bahkan lebih mulia daripada kasih wanita.


Tuhan ajar kami sungguh-sungguh mengasihi-Mu dan saudara-saudari kami dalam Tuhan Yesus Kristus. Berikan kepada kami kasih-Mu yang mulia dan yang sejati ya Bapa. Seperti Daud sungguh mengasihi Yonatan dan Raja Saul walaupun, Raja Saul membencinya. Halleluya dan amin!!


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa yang mengajar kami. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amin!


Rev. Ali Langgit

Comentarios


1n.png

  Ikuti Kami Di Media Sosial Untuk Meneroka Lebih Banyak Lagi  

AKD.png
bottom of page