
2 Samuel 3:31-36 (AVB)
31Kemudian berkatalah Daud kepada Yoab dan kepada seluruh rakyat yang menyertainya, “Koyakkanlah pakaianmu, lilitkanlah kain kabung, dan merataplah di depan jenazah Abner.” Raja Daud sendiri pun turut mengiringi kerandanya. 32Ketika Abner dikebumikan di Hebron, menangislah raja dengan suara nyaring di kubur Abner, demikian pula seluruh rakyat. 33Raja meratap kerana Abner dan berkata,“Haruskah Abner mati seperti kematian seorang yang bodoh? 34Tanganmu tidak terikat dan kakimu pun tidak terbelenggu. Seperti orang yang tumpas di depan orang jahat, demikian jualah ketumpasan kamu.”Maka seluruh rakyat menangisinya lagi. 35Seluruh rakyat datang dan memohon semoga Daud makan roti sementara hari masih siang. Tetapi Daud bersumpah, katanya, “Biarlah Allah menjatuhkan azab kepadaku, bahkan lebih lagi, jika aku mengecap roti atau apa-apa pun sebelum matahari terbenam.” 36Seluruh rakyat memperhatikan hal itu dan hal itu dipandang baik mereka, sebagaimana segala sesuatu yang dilakukan raja dipandang baik oleh seluruh rakyat.
Pengajaran/ Refleksi
Walaupun Raja Saul dan anaknya Abner tidak baik terhadap Raja Daud, Raja Daud tetap menyatakan kasihnya kepada mereka kerana dia tetap menghormati raja pilihan Tuhan. Ya Allah, Tuhan kami, berikan kami hati dan fikiran seperti Raja Daud, supaya kami tetap mengasihi teman kami dengan kasih Tuhan yang ada dalam hati kami, walaupun orang itu menyakiti hati kami.
Halleluya dan amen!!
Doa
Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini ya Bapa. Berkati setiap kami umat-Mu hari ini secara jasmani dan rohani ya TUHAN terutamanya mereka yang membaca renungan ini. Amen!
Rev. Ali Langgit
Comentarios