top of page

Kasihilah Sesama Seperti Tuhan Mengasihi Kita


“Saudara-saudara yang kukasihi, Allah amat mengasihi kita, maka haruslah kita kasih-mengasihi.” 1 Yohanes 4:11 AVB


Tuhan telah menunjukkan kasih-Nya yang sempurna melalui pengorbanan Yesus Kristus di kayu salib. Kasih ini menjadi asas bagi kita untuk mengasihi sesama, seperti yang diperintahkan oleh Yesus:

- “Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dan dengan sepenuh fikiranmu.” (Matius 22:37)

- “Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri.” (Matius 22:39)


Mengasihi sesama bukan sekadar pilihan atau keinginan peribadi; inilah perintah baharu Tuhan bagi kita sebagai pengikut Kristus. Kasih sejati harus diwujudkan tanpa syarat, dengan sepenuh hati, dan tanpa mengharapkan imbalan. Ketika kita mengasihi sesama seperti diri kita sendiri, kita mencerminkan kasih Tuhan yang mulia dan sempurna dalam hidup kita.


Kasih kepada sesama menjadi bukti nyata bahawa kita mengenal Tuhan dan bahawa Tuhan ada di dalam kita. Tuhan Yesus telah mengasihi kita terlebih dahulu dengan kasih yang tiada tolak banding. Oleh itu, marilah kita hidup dalam kasih yang sama demi membawa cahaya kasih-Nya kepada dunia.


Doa:

Ya Bapa yang di syurga, aku bersyukur atas kasih-Mu yang sempurna. Penuhilah hatiku dengan kasih-Mu, agar aku dapat mengasihi sesama seperti Engkau telah mengasihiku. Jadikanlah aku saluran kasih-Mu untuk memberkati orang di sekelilingku. Dalam nama Tuhan Yesus, aku berdoa. Amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page