“…TUHAN mengasihi orang yang membenci kejahatan; Dia melindungi hidup umat-Nya, dan menyelamatkan mereka daripada kuasa orang jahat.....” Mazmur 97:10
Didalam terjelmahan yang lain kata “..TUHAN mengasihi orang yang membenci kejahatan..” diterjelmahkan sebagai “..orang yang mengasihi TUHAN membenci kejahatan...atau …hai kamu yang mengasihi TUHAN, bencilah kejahatan.. atau ..Hai orang-orang yang mengasihi TUHAN, bencilah kejahatan!..’.
Pemazmur berkata kepada kita bahawa orang yang mengasihi TUHAN akan membenci kejahatan. Hal ini berkata kepada kita bahawa seseorang yang mengasihi Tuhan dengan sepenuh hati didalam hidupnya akan menutup hatinya daripada kejahatan bertapak didalam hatinya.
Dengan itu biarlah kasih kepada Tuhan terus mengandalikan seluruh kehidupan kita setiap hari, ingat kita kasih kepada Tuhan menyebabkan diri seseorang itu bebas daripada segala kejahatan, oleh itu pemazmur mengajak semua orang supaya mengasihi Tuhan dengan sepenuh hati mereka.
Ingat kasih kepada Tuhan bukan hanya akan menyebabkan diri kita bebas daripada segala kejahatan tetapi kasih kepada Tuhan dalam hidup ini juga akan menyebabkan diri kita terus dilindungi oleh Tuhan dan diselamatkan daripada kuasa orang jahat.
Oleh itu kasihilah Tuhan dan bencikanlah segala kejahatan, sebab orang yang membenci kejahatan, Tuhan mengasih mereka dan membebaskan mereka daripada tangan orang jahat, serta memberikan sukacita sejati dalam hati mereka.
Renungkan diri kita saat ini… bagaimanakah kasih kita kepada Tuhan saat ini…
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon agar Tuhan mengajar saya untuk terus mengasihiMu lebih daripada segalanya. didalamMu hati saya tenang dan damai, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments