top of page

Kasihilah Tuhan Lebih Daripada Dunia Ini


Jangan kasihi dunia ini atau sesuatu di dalamnya. Jika seseorang mengasihi dunia ini, maka kasih terhadap Bapa tidak ada dalam dirinya” – 1 Yohanes 2:15 AVB


Yohanes memperingatkan orang yang percaya kepada Tuhan Yesus agar berhati-hati terhadap ancaman yang dapat merosakkan hubungan peribadi mereka dengan Tuhan. Oleh itu, mereka harus memastikan kasih mereka kepada Tuhan bertapak kukuh dalam hati agar tidak terjerumus dalam kasih kepada dunia ini atau segala sesuatu yang ada di dalamnya.


Jika kasih mereka kepada dunia ini atau hal-hal yang ada di dalamnya melebihi kasih mereka kepada Tuhan, maka kasih kepada Tuhan akan lenyap daripada hati mereka. Sebab kasih kepada dunia atau perkara-perkara duniawi cenderung memadamkan kasih kepada Tuhan.


Jadi, janganlah membiarkan kasih kita kepada Tuhan semakin luntur dalam hidup kita. Kasih kepada dunia ini, semuanya berasal daripada keinginan dan tabiat manusia yang berdosa; apa yang kita lihat menimbulkan keinginan dalam hati dan membawa kesombongan diri. Kasih yang sebegini bukanlah kasih yang berasal daripada Tuhan.


Oleh itu, marilah kita melatih diri kita untuk berhenti mengasihi dunia yang penuh dengan kejahatan dan berusaha menutup setiap ruang hidup kita daripada segala tarikan dunia.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page