top of page

Kata-kata Orang yang Baik itu Bijak



“…Kata-kata orang yang baik itu bijak, dan mereka sendiri pun adil. Mereka menyimpan Taurat Allah dalam hati dan tidak menyimpang daripadanya.…” Mazmur 37:30-31


Pemazmur berkata kepada kita bahawa kata-kata orang yang baik itu bijak, dan mereka sendiri juga adil. Mereka menyimpan Taurat Allah dalam hati dan tidak menyimpang daripadanya


Orang-orang yang baik ini merujuk kepada “..orang benar..” iaitu orang yang hidup menurut kehendak Allah sepanjang hidup mereka. Mereka adalah orang yang benci akan kejahatan;

benci akan kesombongan dan keangkuhan, tingkah laku jahat dan dusta.


Pemazmur berkata bahawa percakapan orang yang benar ini berkelimpahan dengan kebijaksanaan yang memuliakan Tuhan dan membangun orang-orang lain yang mendengar perkataan mereka. Mereka memberikan nasihat yang baik kepada semua orang.


Orang benar adalah orang yang menjalani kehidupan yang takut akan Tuhan, oleh kerana mereka hidup takut akan Tuhan maka Tuhan memberikan mereka kebijksanan dan kebolehan untuk bertutur dengan bijak dan menjadi penasihat yang bijak..


Oleh itu jalanilah kehidupan yang takut akan Tuhan, agar pertuturan dan keputusan kita sentiasa memuliakan, membangun dan menguatkan orang lain. .


Doa: Bapa yang di surga, ajarilah saya untuk menjalani kehidupan yang berkeanaan kepadaMu dan memuliakan namaMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

コメント


bottom of page