“…Ya Allah, Engkaulah Allahku, aku rindu akan Engkau. Seperti tanah tandus haus akan air, begitulah aku haus akan Engkau.....…” Mazmur 63:2
Sewaktu pemazmur menulis mazmur ini dia sedang berada di padang gurun Yehuda, keadaan padang gurun telah menyebabkan dirinya kesepian dan sendirian, kesunyian dan menderita, kehilangan, mengembara ke sana sini, tidak boleh menetap, dan tidak tahu apa yang harus diperbuat terhadap dirinya sendiri.
Oleh kerana keadaan padang gurun yang kering maka pemazmur meluahkan perasaan hatinya akan Tuhan bagaikan padang gurun. Dimana padang gurun kering, tandus, sukar untuk mendapatkan air, jauh daripada Bait Tuhan, tempat pertemuan dengan Tuhan.
Dipadang gurun rasa kerindunan hati pemazmur akan Tuhan dihidupkan kembali, dimana dia rindu untuk nikmati hadirat Tuhan dalam hidupnya. Sebab dipadang gurun dia mulai merasa kehilangan persekutuan yang dia nikmati selama ini.
Segala kesusahan dan kesukaran yang dilalui di padang gurun telah mengembalikan rasa kerinduannya akan Tuhan. Bagaimana dengan diri anda saat ini? Apakah keadaan yang anda sedang lalui pada saat ini, membuat anda rindu akan Tuhan.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur dengan keadaan dimana saya berada pada saat, sebab dengan keadaan yang saya lalu maka kerinduan saya bertambah akan Engkau. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comentários