top of page

Kebahagiaan Karena Menaati Perintah


Mahukan anda memperoleh kebahagiaan dalam hidup anda pada hari ini? Sekiranya anda mahu memperoleh kebahagiaan dalam hidup anda pada hari ini, marilah kita dengar apa yang dikatakan pemazmur kepada kita dalam Mazmur 119:56 "...Aku mendapat kebahagiaan dengan mentaati perintah-Mu..."


Oleh kerana pengalaman pemazmur menaati perintah-perintah Tuhan, maka dia mengongsikan kepada kita tentang akibat yang dia alami kerana menaati perintah-perintah Tuhan. Dimana hatinya mendapatkan kebahagiaan yang memenuhi hatinya dengan harapan dan juga ketenangan.


Untuk memperoleh kebahagiaan dalam kehidupan ini, segalanya terletak pada diri kita untuk menentukannya, sebab Tuhan membuka jalan bagi kita untuk diikuti, tetapi terserah kepada kita untuk bertindak bagi memperolehinya. Pemazmur sudah memberikan kita jalan bagaimana untuk memperoleh kebahagiaan itu, sekarang giliran kita untuk bertindak.


Apakah tindakan anda? Apakah anda mahu "...kebahagiaan..." yang Pemazmur alami dalam hidupnya, anda alami pada hari ini? Oleh itu, jalani kehidupan yang taat pada perintah-perintah Tuhan dengan segenap hati, maka kebahagiaan yang datang daripada Tuhan akan memenuhi hatimu seperti pemazmur alami.


Sebab melalui perintah-perintah Tuhan, kita akan mendapat keyakinan akan masa depan dan mengerti akan segala perkara yang kita lalui dalam hidup ini. Jadi, bertindaklah sekarang untuk menaati segala perintah Tuhan bagi hidupmu.


Dengan berbuat demikian, maka anda akan mengalami kebahagiaan yang datang daripada Tuhan dalam hidup kita. Keputusan ada dalam tangan kita secara peribadi untuk diputuskan, kebahagiaan itu terbuka bagi kita, segalanya terserah kepada diri kita sendiri untuk diputuskan.


Ingat "...Kebahagiaan..." yang datang daripada Tuhan itu adalah kekal... taati segala perintah-perintah Tuhan dengan sepenuh hati kita.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, memohon agar Roh-Mu mengajar saya untuk menaati kebenaran Firman-Mu setiap hari. Dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page