"…Tetapi aku hanya mahu membanggakan Tuhan kita Yesus Kristus yang sudah mati pada kayu salib. Oleh sebab Kristus sudah mati pada kayu salib, dunia ini tidak bererti apa-apa lagi bagiku. Aku seolah-olah sudah mati terhadap dunia ini........” Galatia 6:14
Paulus menceritakan kepada kita tentang kebanggaan hidupnya, bagi dirinya tidak ada apa-apa yang membanggakan dirinya hanyalah salib Tuhan Yesus Kristus yang menjadikan diri sangat bangga dalam hidup ini. Sebab melalui kematian Yesus di atas kayu salib, maka dunia telah mati bagi dirinya, oleh kerana dunia telah mati.
Bagaimana dengan diri anda pada hari ini? Apakah perkara yang membanggakan diri anda pada hari ini?
“..Orang bijak tidak boleh berbangga kerana kebijaksanaan mereka, orang kuat tidak boleh berbangga kerana kekuatan mereka, dan orang kaya tidak boleh berbangga kerana kekayaan mereka. Jika sesiapa hendak berbangga, dia harus berbangga kerana dia mengenal dan memahami Aku, dan bahawa Akulah TUHAN yang mengasihi orang selama-lamanya, dan Aku melakukan yang adil dan benar. Semua itu menyenangkan hati-Ku. Aku, TUHAN, telah berfirman…” Yeremia 9:23-24
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memuji dan mengagungkan namaMu kerana kehadiran Mu saya dapat menikmati perkara-perkara yang besar dalam hidup ini. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comentarios