“…Kristus Yesus akan datang lagi untuk menghakimi orang yang hidup dan yang mati. Dia akan datang untuk memerintah sebagai Raja. Oleh itu, di hadapan Allah dan Kristus Yesus, dengan sepenuh hati aku menggesa engkau supaya mengkhabarkan berita daripada Allah dan sentiasa bertekun untuk mengisytiharkannya baik masanya tepat atau tidak. Hendaklah engkau meyakinkan orang, menunjukkan kesalahan mereka dan memberikan galakan kepada mereka. Ajarlah orang dengan segala kesabaran.” 2 Timotius 4:1-2
Paulus berkata kepada kita pada hari ini bahawa Tuhan Yesus Kristus akan datang ke dunia ini untuk kedua kali, untuk mengadili orang-orang yang hidup dan yang mati; Dia akan datang untuk memerintah sebagai Raja. Oleh itu, Paulus menggesa setiap kita pada hari ini di hadapan Tuhan dan Yesus Kristus:
Supaya kita memberitakan berita yang datang daripada Allah dengan ketekunan, baik pada masa yang tepat atau tidak. Kita harus dengan segala kesabaran terus meyakinkan mereka, dengan menunjukkan kesalahan mereka dan memberikan galakan kepada mereka.
Ingatlah, kedatangan Tuhan Yesus Kristus ke dunia ini untuk kedua kali adalah untuk mengadili orang yang hidup dan yang mati. Oleh itu, kita harus bersiap sedia secara rohani, kerana kita tidak tahu bila kedatangan-Nya, tetapi kita tahu bahawa Tuhan Yesus akan datang seperti pencuri.
Yesus datang untuk menyelamatkan orang yang percaya kepada-Nya daripada hukuman dosa. Apakah anda sudah siap untuk kedatangan-Nya pada hari ini? Marilah kita siapkan hidup kita dengan menjalani kehidupan yang suci dan berkenan kepada Tuhan.
Doa:
Bapa di syurga, saya datang kepada-Mu, menyerahkan seluruh hidup saya kepada-Mu. Sucikan dan kuduskan hati saya, Tuhan, agar saya layak di hadapan-Mu. Dalam nama Tuhan Yesus, saya berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
コメント