top of page

Kegembiraan Pemazmur Bila Diajak ke Rumah Tuhan

Mazmur ini menceritakan tentang perasaan pemazmur dan orang-orang Israel disaat mereka pergi ke Yerusalem untuk beribadah didalam rumah Tuhan. Kegembiraan yang penuh berkelimpaan memenuhi hati mereka disaat mereka sudah tiba di pintu gerbang Yerusalem.


Pemazmur berkata kepada kita bahawa ketika orang mengajak dirinya untuk pergi ke rumah Tuhan maka hatinya akan dipenuhi dengan sukacita. Lihat apa yang dikatakannya dalam Mazmur 122:1-2 “...Aku gembira apabila orang berkata kepadaku, “Marilah kita pergi ke rumah TUHAN.” Sekarang kita sudah tiba di pintu gerbang Yerusalem......”


Hati pemazmur akan menjadi gembira apabila orang mengajak dirinya untuk pergi ke rumah Tuhan untuk beribadah kepada Tuhan. Sebab beribadah kepada Tuhan didalam rumah-Nya bersama-sama dengan orang percaya yang lain merupakan kehendak Tuhan kepada setiap kita.


Hal ini merupakan keinginan yang terbesar didalam hati pemazmur, sewaktu dia menerima ajakkan untuk pergi ke dalam rumah Tuhan. Dia sangat merindukan untuk berada didalam rumah Tuhan untuk menyembah dan bersekutu dengan Tuhan.


Bagaimana dengan diri kita pada hari ini? Apakah anda sangat gembira apabila orang lain mengajak anda untuk datang ke rumah Tuhan. Apakah perasaan anda apabila orang menjemput anda untuk datang ke rumah Tuhan?


Ingat datang ke dalam rumah Tuhan merupakan hal yang sangat penting bagi kita pada hari ini, sebab berada dalam rumah Tuhan, kita akan bersekutu dengan Tuhan Yesus secara peribadi dengan menyembahNya dan mendengar Firman-Nya. Kita akan meluahkan seluruh perasaan hati kita kepadaNya,sebab Dia mendengar dan tahu menolong kita.


Dengan apa yang Ibrani 10:25 katakan kepada kita “…Janganlah kita hentikan kebiasaan berkumpul bersama-sama, seperti yang dilakukan oleh beberapa orang saudara. Sebaliknya lebih-lebih lagi kita harus menggalakkan satu sama lain, kerana kita tahu bahawa tidak lama lagi Tuhan akan datang.

Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap syukur kerana meletakkan saya di gereja yang sangat baik, sehingga saya dapat menyembah dan memuji-Mu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

コメント


bottom of page