1 Samuel 4:7-9, 11 (BM)
Mereka menjadi takut. Mereka berkata, "Ada dewa datang ke perkhemahan mereka! Celakalah kita! Belum pernah kita mengalami perkara seperti ini! Siapakah yang dapat menyelamatkan kita daripada dewa-dewa yang kuat itu? Dewa-dewa itulah yang telah membinasakan orang Mesir di padang gurun dahulu. Jangan takut, hai tentera Filistin! Berperanglah seperti lelaki! Jika tidak, kita akan menjadi hamba orang Ibrani seperti mereka dahulu menjadi hamba kita. Oleh itu berperanglah dengan gagah berani!" Tabut Perjanjian Allah dirampas oleh musuh, dan kedua-dua orang anak Eli, Hofni dan Pinehas terbunuh.
Pengajaran/Refleksi
Di mana pun keberadaan Tabut Perjanjian, di situ terdapat kemenangan. Walaupun dalam pertempuran ini Tabut Perjanjian dirampas dan anak-anak Eli terbunuh, kekuatan umat Tuhan tetap nyata, begitu luar biasa sehingga musuh pun melihat mereka seperti "dewa-dewa yang kuat."
Tabut Perjanjian adalah lambang kehadiran Tuhan. Di mana pun Tabut itu berada, kemenangan akan menyertai umat Tuhan. Oleh itu, jangan menjauh dari Tuhan, sebab Dia yang memberikan kekuatan dan kemenangan kepada kita.
Seruan
Kehadiran Tuhan adalah sumber kekuatan dan kemenangan bagi kita. Jangan pernah menjauh dari-Nya!
Doa
Terima kasih TUHAN, atas Firman-Mu yang mengajarkan kami untuk tidak menjauhkan diri dari-Mu. Bimbinglah kami agar selalu mentaati kehendak-Mu. Kiranya Engkau memberkati kami secara jasmani dan rohani. Amin!
Rev. Ali Langgit
Comentários