Kejarlah Kerendahan Hati untuk Mengalami Kuasa Tuhan
- Komuniti Digital 05
- 2 days ago
- 1 min read

'Aku juga tidak layak datang untuk menemui Tuan. Perintahkanlah sahaja, tentu hambaku akan sembuh. ' (Lukas 7:7) AVB
Walaupun ketua askar itu memiliki kuasa dan jawatan yang tinggi, dia tidak menggunakan kedudukannya untuk membanggakan diri. Sebaliknya, dia menyedari bahawa dirinya tidak layak untuk menghadap Yesus. Tindakan ini menunjukkan sikap rendah hati yang luar biasa, tanpa sebarang kebanggaan terhadap pangkat atau kuasanya.
Malah, ketua askar itu hanya memohon agar Tuhan Yesus berkata sepatah kata sahaja, dan dia yakin bahawa hambanya akan sembuh. Pengakuan ini menunjukkan betapa dalamnya iman ketua askar tersebut kepada Yesus dan bagaimana dia merendahkan dirinya di hadapan Tuhan.
Kerana kerendahan hatinya, Tuhan Yesus menyembuhkan hambanya yang sedang sakit. Ia adalah satu contoh nyata bahawa kerendahan hati membuka ruang untuk kuasa Tuhan bekerja dalam kehidupan seseorang.
Demikian juga dengan kita hari ini—Tuhan Yesus menuntut kerendahan hati daripada setiap orang yang datang kepada-Nya. Kerendahan hati menunjukkan kebergantungan sepenuhnya kepada Tuhan dan keyakinan bahawa hanya Dia yang dapat menolong kita.
Oleh itu, kejarlah kerendahan hati sepanjang kehidupan kita di dunia ini, kerana melalui kerendahan hati, kita akan mengalami kuasa Tuhan yang nyata dalam hidup kita.
Doa: Ya Bapa yang di syurga, aku datang kepada-Mu, memohon agar Engkau mengubah hidupku. Ajarlah aku untuk sentiasa merendahkan diri di hadapan-Mu, dan menyedari bahawa Engkaulah Tuhan dalam hidupku. Dalam nama Tuhan Yesus aku berdoa. Amin.
Pr Patrick Taie
Comentários