Bacaan: Mazmur 25:5 bimbinglah aku kepada kebenaran-Mu dan ajarlah aku,
kerana Engkaulah Allah Penyelamatku,
Engkau kunantikan sepanjang waktu.
Ringkasan : Kejujuran dan kesetiaan dalam perkahwinan amat penting dan mesti dihayati pada setiap saat perkahwinan. Jangan lalai dalam perkara ini. Kata-kata benar yang diucapkan dalam kasih sayang membina kepercayaan sesama sendiri dan mengukuhkan perkahwinan
Contoh aplikasi harian: Beritahu pasangan anda apa yang berlaku di tempat kerja atau di rumah hari ini dan perasaan anda mengenainya. Sentiasa meluahkan kata kasih sayang terhadap satu sama lain. Anda juga perlu berjaga jaga apabila kerja anda di luar selalu melibatkan pergaulan dengan rakan kerja berlainan jantina. Anda harus bijak dalam penjalinan persahabatan di luar.
Doa : Tuhan, kami memohon kepada-Mu kemampuan untuk tetap jujur dan setia antara satu sama lain dalam pernikahan kami. Bantu kami untuk terus komited dengan ikrar perkahwinan kami dan untuk menegakkan nilai kebenaran dan kesetiaan. Amin.
Comments