top of page

Kekuatanku, Tuhan



“...Dialah Allah yang menguatkan aku, dan menjadikan jalanku aman...... Maz 18:33


Pemazmur berkata kepada kita bahawa Allah sentiasa memenuhi dirinya dengan kekuatan, untuk menguatkan dan melindungi dia ke mana pun dia akan pergi, sehingga perjalanannya menjadi aman, sebab kehadiran Tuhan.


Oleh kerana Tuhan menolong dan memberikan dirinya kekuatan untuk membantu dirinya maka dia dapat berlari seperti rusa. Dia menjadi kuat di tempat-tempat yang tinggi. Sebab Tuhan melatihkan dirinya untuk berperang maka tangannya dapat melengkungkan tombak yang kuat.


Tuhan membuat kakinya dan pergelangan kakinya menjadi kuat sehingga dia dapat berjalan cepat tanpa tersandung. Kemenangannya ke atas musuhnya terjadi oleh kerana perlindungan dan penyertaan Tuhan ke atas dirinya.


Dia dapat mengalahkan, mengusir dan menangkap musuh-musuhnya kerana Tuhan menopang dirinya dengan tangan kananNya dan menolong dirinya. Sehingga dia tidak mahu pulang sampai musuh-musuhnya binasa.


Pemazmur telah memusnahkan musuh-musuhnya bukan kerana kekuatan dirinya sendiri tetapi oleh kerana pertolongan dan penyertaan Tuhan didalam hidupnya. Secara manusia pemazmur lemah namun kehadiran Tuhan dalam hidupnya dia menjadi kuat.


Demikian juga dengan diri kita, secara manusiawi kita lemah tetapi bersama dengan Tuhan kita kuat. Oleh itu marilah kita menjadikan Tuhan tempat perlindungan bagi diri kita disaat badai menerpa kita, sebab bersama Tuhan kita pasti tidak akan goyah


Doa: Bapa yang di surga, terimakasih kerana menjadi tempat perlindungan dan kekuatan bagi hidup saya, ajar saya berlindung dalamMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie


Kommentare


bottom of page