"....Mereka berkata kepadanya: "Di Betlehem di tanah Yudea, kerana demikianlah ada tertulis dalam kitab nabi: Dan engkau, Betlehem, tanah Yehuda, engkau sekali-kali bukanlah yang terkecil di antara mereka yang memerintah Yehuda, kerana dari padamu akan bangkit seorang pemimpin, yang akan menggembalakan umat-Ku Israel." Matius 2:5-6
Betlehem merupakan sebuah kota kecil, kitab Mikha (Mikha 5:3) meramalkan tentang kelahiran seorang raja Israel, dari rumah Daud di Betlehem, tanah Yudea. Sesuai dengan ramalan yang diberitakan oleh para nabi-nabi, Yesus dilahirkan di kota Betlehem.
Oleh kerana kelahiran Yesus di dalam Kota Betlehem, maka kota yang kecil itu menjadi:
Kota Betlehem menjadi terkenal atau dikenali seluruh dunia kerana Yesus dilahirkan di dalam Kota itu.
Kota Betlehem menjadi tumpuan kunjungan orang banyak di seluruh dunia kerana Yesus dilahirkan di dalam Kota itu.
Kota Betlehem menjadi topik pergaulan yang utama semua orang di seluruh dunia kerana Yesus dilahirkan di dalam Kota itu.
Kota Betlehem menjadi ingatan orang banyak di seluruh dunia kerana Yesus dilahirkan di dalam Kota itu. Kelahiran Yesus di Kota Betlehem telah membuat orang banyak sentiasa mengingatkan kota Betlehem.
Kota Betlehem menjadi sangat istimewa bagi orang banyak di seluruh dunia kerana Yesus dilahirkan di dalam Kota itu.
Demikian juga dengan keadaan, reputasi, dan harga diri kita pada hari ini, sekiranya Yesus dilahirkan di dalam hidup kita. Perubahan di dalam hidup kita akan menarik perhatian orang yang ada di sekeliling kita untuk datang kepada Yesus.
Apa yang kita mahu biarkan Yesus dilahirkan di dalam hidup kita secara peribadi pada hari ini? Kelahiran Yesus di dalam hidup kita pasti mengubah identiti, reputasi, dan penerimaan orang banyak terhadap diri kita, sebagaimana yang terjadi dengan kota Betlehem pada masa yang lalu.
Oleh itu, biarlah Yesus lahir di dalam hidup kita hari ini sebagai Tuhan dan Penyelamat hidup kita. Apakah kita mahu Yesus dilahirkan dalam hidup kita pada hari ini?
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepada-Mu, menyerahkan hidup saya ke dalam tangan-Mu. Datanglah dan ambil tempat dalam hidup saya. Di dalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments