top of page

Kemenangan Kerana Tuhan


“…Raja menang bukan kerana tenteranya besar, askar menang bukan kerana kuat. 17Kuda tidak dapat diharap untuk memenangi perang; kekuatan kuda tidak dapat menyelamatkan.....…” Mazmur 33:16-17


Pemazmur merupakan seorang raja bagi sebuah bangsanya yang memiliki pasukan tentera yang kuat dan juga pelengkapan perangan yang baik, namun melalui pengalamannya didalam peperangan pemazmur menyatakan bahawa kemenangannya ke atas musuh-musuhnya.


Bukanlah kerana apa yang dimiliki didalam menghadapi peperangan. Dengar pengakuan pemazmur tentang dirinya “…Raja tidak selamat karena kuasanya yang besar. Tentara yang kuat tidak selamat karena kekuatannya yang besar. Kuda perang tidak menjamin kemenangan. Kekuatannya tidak menolong engkau melarikan diri…”


Namun pemazmur berkata bahawa TUHANlah yang mengawasi dan memelihara para pengikut-Nya, yang menantikan kasih setia-Nya, Dia menyelamatkan mereka daripada kematian dan memberikan kekuatan kepada mereka jika mereka lapar.


Oleh itu kemenangan yang pemazmur nikmati didalam hidupnya semuanya terjadi oleh kerana “…pertolongan dan penyeratan Tuhan didalam kehidupan mereka..”. tanpa penyertaan Tuhan pemazmur didak dapat menikmati apa-apa dalam hidup mereka.


Hal ini memberitahu kita tentang jaminan dalam kehidupan kita didunia pada hari ini, agar kita tidak mendasari harapan kekuatan kita pada hal-hal lahiriah atau hal-hal dunia ini, tetapi berharap kepada Tuhan.


Kemenangan dan keberhasilan dalam hidup ini kita akan nikmati apabila kita sentiasa bersandar kepada Tuhan dengan menanti-nantikan Dia. Bagaimana dengan diri kita pada hari ini, apakah kita berharap kepada Tuhan untuk pertolongan didalam melakukan sesuatu dalam hidup kita hari ini?


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu dan menyerahkan seluruh hidup saya kepadaMu memohon bimbingan penyertaan daripadaMu, tolong saya untuk bersandar padaMu setiap hari. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrcik Taie

Comments


bottom of page