Dengan demikian kamu bukan lagi hamba tetapi anak; dan sebagai anak, Allah telah menjadikan kamu waris-Nya. (Galatia 3:26-4:7, 4:7)
Renungan:
Kita berhenti sebentar di tengah-tengah renungan kita, untuk mengetahui kehendak Allah untuk berbicara tentang orang-orang Kristian yang mengalami kesulitan dari segi mempercayai bahawa Allah memberi petunjuk. Selama bertahun-tahun ini , saya menemui dengan ramai dari golongan ini. Mereka mengemukakan keraguan mereka mengenai perkara ini. Salah satunya adalah besarnya alam semesta.
Seorang lelaki yang berpendidikan baik - dan sebagai Kristian, mengaku - pernah menyembut, 'Ketika saya memikirkan besarnya ruang angkasa dan melihat masa depan yang panjang, tidak mungkin Allah mengabai kehidupan saya. Bolehkah Allah menciptakan alam semesta yang begitu luas dan terperinci, akan mengabaikan kehidupan kita? Tentu tidak.' Namun, jika kita membaca Alkitab, kita akan menyedari, seperti yang diungkapkan oleh Dr. W.E. Sangster, bahwa 'Tuhan Yang Maha Kuasa yang atas firman-Nya planet-planet berputar-putar, dan dikagumkan oleh ahli astronomi; dengan kiraan matematik-Nya, merendahkan diri untuk mendengar jeritan setiap hati seseorang yang terbeban, dan memerhatikan keperluan setiap orang di bumi yang mikroskopik untukNya.'
Orang Kristian yang mengalami kesukaran untuk menerima bahawa Pencipta yang agung boleh mengambil minat dalam butiran terkecil dalam kehidupan mereka, membina idea mereka tentang Tuhan terlalu dekat pada kita. Oleh itu, mereka sukar mempercayai Dia boleh mengekalkan dan mengurus dunia dan pada masa yang sama,sebagai Bapa yang menjagakan anak-anak-Nya. Pengarah syarikat mungkin mengarahkan kerja kepada pekerja, tetapi Tuhan yang menciptakan kita, berbesar hati dan teliti mengenai butiran kecil kehidupan kita. Lelaki dan wanita lebih bermakna bagi Tuhan daripada bintang. Kita adalah anak-anak-Nya, pewaris Tuhan dan pewaris bersama Kristus Yesus.
Renungan lanjut:
Lukas 12:6-7, 22-34;
2 Korintus 6:18
Doa:
Ya Bapa, buatlah kebenaran ini secara mendalaman ke rohku, supaya Allah seperti seorang Bapa terhadap anak-anak-Mu, dan mengarahkan hamba-hamba-Mu yang setia mengenai semua keperincian-Mu. Dalam nama Kristus saya berdoa. Amin.
Rev Gerawat Maran
Commentaires