”Dalam tahun matinya raja Uzia aku melihat Tuhan duduk di atas takhta yang tinggi dan menjulang, dan hujung jubah-Nya memenuhi Bait Suci. Para Serafim berdiri di sebelah atas-Nya, masing-masing mempunyai enam sayap; dua sayap dipakai untuk menutupi muka mereka, dua sayap dipakai untuk menutupi kaki mereka dan dua sayap dipakai untuk melayang-layang. Dan mereka berseru seorang kepada seorang, katanya: "Kudus, kudus, kuduslah TUHAN semesta alam, seluruh bumi penuh kemuliaan-Nya!" Maka bergoyanglah alas ambang pintu disebabkan suara orang yang berseru itu dan rumah itupun penuhlah dengan asap. Lalu kataku: "Celakalah aku! aku binasa! Sebab aku ini seorang yang najis bibir, dan aku tinggal di tengah-tengah bangsa yang najis bibir, namun mataku telah melihat Sang Raja, yakni TUHAN semesta alam." (Yesaya 6:1-5)
Sebagai orang percaya kita mengaku kita mengenal Tuhan. Kita hidup di dalam kasih karunia-Nya yang tidak terbatas. Kita menikmati berkat-berkat syurgawi yang dicurahkan secara melimpah-limpah dalam hidupkita. Namun apakah kita benar-benar mencermati siapakah sebenarnya Tuhan, atau dengan lebih tepat siapakah sebenarnya Yesus Kristus? Ramai orang menganggap dirinya mengenal Yesus, tapi pada hakikatnya…? Sebenarnya kita cenderung diajar untuk melihat hanya satu sisi sudut pandang Yesus bahawa Dia adalah Juruselamat. Dia sangat baik dan penuh dengan kasih karunia serta sentiasa mengampuni. Dia datang untuk mendemontrasikan kasih Tuhan. Namun terkadang kita lupa bahawa sebelum Dia turun ke bumi dan berinkarnasi menjadi manusia dan menjadi Juruselamat manusia, Dia adalah TUHAN Sang Pencipta yang mencipta alam semesta, Yang Maha Agung, berdaulat dengan penuh kuasa, penuh kemuliaan dan kekudusan. Dia adalah TUHAN alam semesta! Sepatah kata yang keluar daripada mulut-Nya, luar biasa pengaruh dan pelaksanaannya, kesan daripada kata-kata-Nya itu tidak pernah berhenti namun terus dimanisfestasi baik secara zahiriah mahupun rohaniah.
Nabi Yesaya melihat kemuliaan Tuhan yang duduk di atas takhta-Nya. Begitu juga dengan nabi Daniel, Rasul Yohanes serta Rasul Paulus (Dan 7:9; Wah 4, Kis 9).Apakah respon mereka terhadap apa yang mereka lihat? Mereka rebah tersungkur sujud di hadapan-Nya yang Maha Kudus. Penglihatan mereka itu mengubah perspektif mereka secara total dan seterusnya mempengaruhi cara pandang serta gaya hidup mereka selepas itu. Mereka sedar bahawa mereka bukanlah sesiapa dan tidak mempunyai apa-apa. Hanya dengan kasih karunia-Nya sajalah yang dapat menyelamatkan mereka daripada kekudusan-Nya!
Bagaimana pula dengan kita? Kita sebagai anak-anak-Nya yang telah ditebus dengan darah-Nya yang mahal, diampuni dengan sebegitu rupa dan dilimpahi dengan berkat-berkat yang berkelimpahan yang mengalir daripada takhta kasih karunia-Nya, sudahkah kita‘melihat’ kemuliaan Dia? Setiap kali apabila kita bersekutu dengan-Nya di dalam saat-saat teduh kita, apakah kita benar-benar sudah ‘melihat’ Dia? Atau kitahanya ‘melihat’ diri kita sahaja? Saat kita datang kepadaTuhan, apakah yang menjadi fokus utama kita - adakah kita hanya melihat kepada diri kita, beban-beban serta keperluan-keperluan kita sahaja? Di manakah Tuhan?Saya berdoa agar kita semua sebagai anak-anak Tuhan belajar untuk ‘melihat’ Dia sebagai TUHAN yang berdaulat. Sebab kalau kita ‘melihat’ Dia, kita tidakakan mempunyai sebarang masalah untuk menghormati-Nya dan menjunjung Kemuliaan kekudusan-Nya dalam kehidupan kita. Sekiranya kita belum lagi ‘melihat’ Tuhan, kita mungkin akan menjalani hidup secara sembarangan dan membazirkan masa dengan sia-sia tanpa mempedulikan kehendak-Nya dalam hidup kita. Kita mungkin tidak akan merasa gerun dan takut akan Dia. Sukar untuk kita menghormati Dia dalam fikiran, sikap serta pilihan-pilihan kita. Kita tidak akan merasa apa-apa kalaupun kita membelakangi-Nya. Kita juga tidak akan sedar kalau-kalau kita sudah menghina Dia dengan ketidak-taatan, ketidak-percayaan, kebimbangan dan kekhuatiran, serta ketika kita memuaskan hawa nafsu kedagingan kita.
Sedarkah kita bahawa Dia bersama dengan kita? Bukanhanya sekadar menyertai tetapi “menyatu” dengan kita. Marilah kita ‘melihat’ Dia dengan pandangan yang benar. Rasul Yohanes digelar ‘murid yang paling dikasihi oleh Yesus’. Sewaktu Yesus berjalan di atas muka bumi ini, Yohanes adalah orang yang paling dekat dengan Yesus, sentiasa di sisi Yesus. Namun ketika Yohanes melihat Yesus dalam kemuliaan-Nya, dia rebah tersungkur di kaki-Nya seolah-olah tidak bernyawa lagi(Wah 1:17). Kenapa? Kerana Yohanes bukan lagi‘melihat’ Yesus yang berjalan, makan dan tidurbersama-sama dengannya sewaktu Yesus di bumi.Yohanes ‘melihat’ Yesus yang kekal, bukan lagi Yesus yang berjalan di bumi. Ayuh mari kita juga ‘melihat’ Dia dan kemuliaan-Nya yang kekal itu, janganlah lagi kita memandang dunia yang tidak kekal ini. Sebab apa yang tidak kekal, itu tidak penting buat kita! Lukas21:33, “Langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan-Ku tidak akan berlalu." Kiranya Tuhan menyertai danmemberkati kita semua dengan Rahmat-Nya yang kekal. Amen.
Tuhan Memberkati,
Sue
Comments