top of page

Kenalpasti Halangan


Ezra 4: 1 Apabila musuh bani Yehuda dan bani Benyamin mendengar bahawa umat yang pulang daripada pembuangan itu sedang membina Bait Suci bagi Tuhan, Allah Israel, 2Amereka pun mendekati Zerubabel dan ketua kaum keluarga lalu berkata, "Biarlah kami turut serta dalam kerja-kerja pembinaan itu bersama-sama kamu, kerana kami juga beribadat kepada Allahmu sama seperti kamu. Kami juga telah mempersembahkan korban kepada-Nya sejak zaman Esarhadon, raja Asyur yang membawa kami ke sini."


Kita tahu bahawa iblis tidak akan berdiam diri melihat terjadinya pemulihan itu. Ia menggunakan berbagai cara untuk melemahkan semangat umat Tuhan dan menghentikan pekerjaan. Oleh itu, kita harus belajar mengenalpasti halangan ini agar kita peroleh kebijaksanaan menangani isu-isu yang bakal terjadi.


Beberapa halangan yang boleh dipelajari:

  1. Pemimpin dari musuh umat Tuhan menyamar untuk bekerjasama namun punya tujuan mendatangkan masalah dalam proses pembinaan bait Tuhan.

  2. Penduduk yang tinggal dipersekitaran Yerusalem juga berusaha mematahkan semangat umat Tuhan. (Zakharia 9:1-8)

  3. Penasihat upahan diutus menuduh umat Tuhan sebagai pemberontak kepada kerajaan Parsi sehingga surat kuasa diberi untuk menghentikan pekerjaan itu oleh Raja Artahsasta.

Namun yang pastinya, mereka ini akan dihakimi Tuhan.

  1. Halangan terbesar yang menyebabkan tergendalanya pembinaan bait Tuhan kerana mereka tidak menjaga kekudusan dalam melayani Raja segala raja. Bahkan sudah biasa dengan bergantung pada kekuatan manusia yang telah mempengaruhi pemikiran mereka sejak mereka berada di tempat pembuangan itu.


Tuhan perlu sekali lagi menyampaikan peraturan-peraturan-Nya kepada umat ini. Kerana kebanyakan mereka yang keluar dari Babel sudah tua. Generasi baru yang sudah biasa bergaul dengan orang-orang yang tidak menyembah kepada Allah yang hidup, dan itu banyak merosak tingkah laku mereka. Sehingga halangan-halangan itu tidak dapat mereka hadapi kerana merasa tertekan dan perasaan tertolak oleh situasi yang mereka hadapi itu.


Apakah halangan yang gereja Tuhan hadapi hari ini dalam proses membangun bait Tuhan atau pemulihan umat Tuhan secara menyeluruh?


DOA: Bangkitkanlah kami Ya Allah, sungguhpun halangan demi halangan kami hadapi dalam proses pemulihan umat Tuhan dibangsa kami, berilah kami keteguhan hati dan tidak mudah patah semangat, agar tercapai rancangan Allah yang mulia atas bangsa ini, dalam nama Yesus, Amen.


Tuhan Memberkati,

Pr. Linda Misak

Comments


bottom of page