top of page

Kepada yang Pernah Diperkatakan di Belakangnya


Saya tahu. Saya faham bahawa engkau pernah meletakkan kepercayaanmu kepada orang lain.


Orang yang pernah baik kepadamu dan menyambutmu seperti keluarga.

Orang yang pernah menyanjung dan memujimu.

Orang yang engkau hormati apabila mereka memuji Tuhan di hadapan.


Namun orang yang sama juga telah memutuskan tali persahabatan dan menghilangkan diri darimu.

Meninggalkanmu, dan membuatmu merasa seperti orang jahat.

Orang yang sama juga mengata tentangmu di belakangmu, tidak ingin berhadapan terus denganmu kerana mereka tidak menginginkan yang terbaik buatmu. Mereka hanya menanti-nantikan saat kejatuhanmu.


Orang yang sama juga menyampaikan hanya sebahagian cerita tentangmu dengan mengklaim bahawa itu kerana rasa "kebertanggungjawaban", sedangkan tujuan mereka bukan untuk menyelesaikan konflik tapi untuk merendahkan orang. Jika seseorang benar-benar mengasihimu, mereka tidak akan merasa takut untuk menegur/memarahi anda secara berdepan bagi kebaikanmu.


Namun, sahabat terkasihku, hendaknya ini mengingatkan mu bahawa engkau juga seorang pendosa. Semua orang pernah berdosa dan berkekurangan di dalam kemuliaan Allah. Orang yang telah menikam belakangmu dan mengkhianatimu adalah sama seperti yang engkau telah lakukan kepada Yesus ketika engkau masih berdosa. Ingatlah ini sebagai peringatan kepadamu untuk mengampuni orang lain seperti Tuhan yang terlebih dulu mengampunimu. Semoga engkau dapat melihat orang lain dengan pandangan yang baru.


Engkau boleh membela dirimu, namun ada hikmat dalam kita tidak membela diri. Biar Tuhan yang memperbenarkanmu. Persahabatan yang saleh mendorong kita untuk mengatakan kebenaran di dalam kasih dan mengasihi satu dengan yang lain, tiada gosip atau fitnah.


Sebahagian dari cara untuk mengenal dirimu yang sebenarnya ialah dengan melepaskan/membuang pemikiran toksik yang telah engkau katakan kepada dirimu sendiri dan label atau panggilan yang telah diletakkan oleh orang lain. Yang terkasih, identiti dirimu adalah panggilan yang Tuhan telah berikan kepadamu.

"Saudara-saudaraku, aku meminta kepadamu, berwaspadalah terhadap mereka yang menimbulkan perpecahan dan menyesatkan orang daripada ajaran yang telah kamu terima. Berpalinglah daripada mereka." Roma 16:17-18


Ingat ini, kerana engkau adalah anak Tuhan, engkau pasti menginginkan kebenaran dan perdamaian - bukan bergosip atau melakukan perpecahan. Mugkin mereka hanya memahami di Firman Tuhan di dalam fikiran mereka, namun tidak di hati. Kerana Firman Tuhan tidak memecahkan manusia, tapi mengampuni semua orang.


Jemimah Ramos

Sumber: Blooming While Waiting

Comments


bottom of page