top of page

Kepastian Keselamatan


Petikan Ayat: 1 Yohanes 5:11-13; Yakubus 5:7-12


Renungan Peribadi:


Pastikan Anda Percaya Yesus Sebagai Tuhan dan Juruselamat. Yakobus mendorong orang percaya untuk tidak meninggalkan Yesus disaat mereka menantikan kedatanganNya. Namun tidak sedikit orang Kristian berjuang dengan ketidakpastian tentang keselamatan mereka. Jika saudara menghadapi hal ini, anda pasti akan ditolong dengan sedikit petunjuk berikutnya.

“Dan inilah kesaksian itu: Allah telah mengaruniakan hidup yang kekal kepada kita dan hidup itu ada di dalam Anak-Nya. Barangsiapa memiliki Anak, ia memiliki hidup; barangsiapa tidak memiliki Anak, ia tidak memiliki hidup. Semuanya itu kutuliskan kepada kamu, supaya kamu yang percaya kepada nama Anak Allah, tahu, bahawa kamu memiliki hidup yang kekal.”
1 Yohanes 5:11-13).

Kita tidak sering memikirkan Tuhan bersaksi kepada kita. Kita menganggap diri kita bersaksi untuk Dia. Tetapi ayat-ayat ini menggambarkan kandungan kesaksian Tuhan. Sekiranya terdapat sebarang kesaksian dalam ruang sidang kehidupan yang patut kita dengar, ia adalah kesaksian Tuhan sendiri. {… If there ever was any testimony in the courtroom of life that we ought to listen to, it would be God’s own testimony.}

Yesus sendiri membetul dan meyakinkan murid-muridnya, “…tetapi bersukacitalah kerana namamu ada terdaftar di sorga.” (Lukas 10:20… dari konteks vs.17-20)


Beberapa ayat kepastian keselamatan buat anda:


i/ Kita tahau bahawa kita memiliki hidup yang kekal kerana Allah yang

menyatakannya. (baca 1 Yoh 5:13).


ii/ Kita tahau bahawa kita memiliki hidup yang kekal kerana perubahan telah mengambil tempat dalam hidup kita sejak kita menjadi Kristian. (baca 2 Korintus 5:17).


iii/ Kita tahau bahawa kita memiliki hidup yang kekal kerana kita bersedia bersaksi Kristus dengan orang lain (baca Rom 1:16).

iv/ Kita tahau bahawa kita memiliki hidup yang kekal kerana kita mahu hidup beribadah. (Titus 2:11-12).


Soalan Aplikasi:

Saudara, apakah hidup anda merupakan kehidupan berpengetahuan dalam Kitab Suci? Tahukah anda bahwa Tuhan yang penuh kasih senang serta rindu bersekutu dengan anda? Percayalah, Yesus adalah jalan menuju persekutuan ini. Bagaimanakah mengetahui kita mempunyai kehidupan kekal, membentuk kehidupan kita sekarang? Apa yang menjadi akar keinginan hidup kekal kita untuk mengelakkan neraka dan mendapatkan syurga, atau hubungan intim dengan Tuhan. Dari sudut pandang Tuhan, apakah yang Dia kehendaki?


Doa: Bapa surgawi Yang Mahakuasa, firman-Mu dalam Kitab Suci dengan jelas menjelaskan kebenaran-Mu apa arti hidup yang kekal bagi kami; ini seharusnya menantang dan mengubah cara berpikir saya. Engkau telah memulihkan kembali kehidupanku yang penuh dosa untuk hubungan yang intim dengan-Mu. Tolong saya melihat ini sebagai kecenderungan natural dari keinginan-Mu untuk-ku. Tolonglah saya untuk tidak terlalu menekankan kehidupanku sendiri di dunia ini, melainkan untuk mengikuti keinginan hatiMu terhadap jiwa-jiwa yang terhilang. Dalam nama Yesus saya berdoa.


Amin.

Pr Roland

Comments


bottom of page