top of page

Keputusan yang Salah Membawa Padah

Teks

Hakim-Hakim 11:35-37, 39 (BM)

Ketika Yefta nampak anaknya, dia mengoyak-ngoyakkan pakaiannya kerana dukacita. Katanya, "Aduh anakku, hancurlah hatiku! Mengapakah harus anakku yang menjadikan hatiku pedih? Aku telah bersumpah kepada TUHAN dan aku tidak dapat memungkiri janjiku!" Anaknya menjawab, "Jika ayah telah bersumpah kepada TUHAN, lakukanlah apa saja terhadap diri saya untuk memenuhi janji ayah itu. TUHAN telah memperkenankan ayah membalas dendam terhadap orang Amon, musuh ayah itu." Anak perempuan itu berkata lagi kepada bapanya, "Saya cuma mohon satu hal: Berilah saya masa dua bulan, supaya saya dapat mengembara di pergunungan bersama dengan sahabat-sahabat saya. Di sana saya akan bersedih kerana saya mesti meninggal ketika masih dara." Selepas dua bulan, dia kembali kepada bapanya, lalu bapanya melakukan apa yang telah dijanjikannya kepada TUHAN. Oleh itu anak perempuannya meninggal ketika masih dara.


Pengajaran/Refleksi

  1. Yefta mengoyakkan pakaiannya kerana dukacita melihat anak perempuannya yang menyambut dia pulang dari berperang. Dia berdukacita kerana telah berjanji atau bersumpah kepada TUHAN bahawa orang yang pertama menyambut dia akan menjadi korban kepada TUHAN.

  2. Anak perempuan Yefta memberitahu ayahnya bahawa dia rela menyerahkan tubuhnya untuk menjadi korban. Anaknya berkata, "Jika ayah telah bersumpah kepada TUHAN, lakukanlah apa saja terhadap diri saya untuk memenuhi janji ayah itu. TUHAN telah memperkenankan ayah membalas dendam terhadap musuh ayah itu."


    DALAM FIRMAN TUHAN INI, YEFTA HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI, ASAL DIA PUAS MENGALAHKAN MUSUHNYA. DIA TIDAK MENGIRA AKIBAT DARIPADA PERJANJIAN YANG DIBUATNYA DENGAN TUHAN, SEHINGGA ANAK KESAYANGANNYA MENJADI KORBAN. MAKA ITU KITA HARUS BERHATI-HATI SEBELUM MEMBUAT SUATU PERJANJIAN DENGAN TUHAN ATAUPUN MANUSIA.


Doa

Terima kasih TUHAN, untuk Firman-Mu hari ini yang mengajar kami supaya kami tidak membuat perjanjian terlalu cepat tanpa berdoa atau berfikir panjang terlebih dulu, supaya tidak mengorbankan orang lain untuk kepuasan diri kami. Hamba berdoa kiranya Engkau memberkati setiap umat-Mu di mana saja mereka berada hari ini. Haleluyah dan Amin.


Rev. Ali Langgit

Comments


bottom of page