top of page

Kerana AnugerahMu


"…Kita tidak boleh menjadi sombong atau saling menyakiti hati, ataupun iri hati terhadap satu sama lain.....” Galatia 5:26


Paulus berkata kepada kita bahawa oleh kerana kita sudah menjadi milik Tuhan Yesus Kristus, maka kita tidak lagi dikuasai oleh hawa nafsu atau semua keinginan badani. Dengan itu kita tidak boleh menjadi sombong dengan berkata didalam hati kita bahawa “..kita lebih baik daripada saudara-saudari kita yang seiman yang lain.” Atau berkata bahawa “kita lebih baik daripada yang lain dihadapan Tuhan..” atau kita iri hati dengan berpikir bahawa, “saudara kita yang seiman itu lebih hebat daripada kita dan jemaah yang lain.”


Namun kita haruslah saling mengasihi satu yang lain, saling bergembira dengan satu yang lain, sentiasa memiliki ketenangan didalam hati, sentiasa memiliki kesabaran dengan satu yang lain dan berbudi terhadap sesama, dan baik hati terhadap satu yang lain, setia dalam segala perkara dan rendah hati dan selalu sanggup menguasai diri.


Menjadi diri kita sebagai milik Tuhan Yesus Kristus meruapakan anugarah yang terbesar bagi kita, sebab secara manusiawi kita adalah orang berdosa tetapi dengan anugarah kasih-Nya maka kita diterima oleh-Nya menjadi Anak-Nya.


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, mengucap terima kasih kepadaMu kerana menerima saya menjadi milik-Mu walaupun saya orang yang berdosa, tetapi oleh kerana anugarahMu saya menjadi milikMu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

Comentários


bottom of page