"…Meskipun demikian kami tahu bahawa orang berbaik semula dengan Allah kerana percaya kepada Yesus Kristus, dan bukan kerana mengikut Taurat. Kami pun percaya kepada Yesus Kristus, supaya kami berbaik semula dengan Allah melalui iman kami, bukan kerana kami mengikut Taurat. Dengan mengikut Taurat, tiada seorang pun dapat berbaik semula dengan Allah......” Galatia 2:16
Paulus dengan tegas menegur Petrus yang tidak memiliki pendirian yang jelas terhadap manusia berbaik semula dengan Tuhan atau keselamatan orang yang percaya. Oleh itu Paulus dengan tegas berkata kepada semua orang yang percaya baik orang Yahudi ataupun bukan Yahudi, mereka adalah sama-sama orang yang berdosa. Dengan itu mereka sama sekali tidak dapat untuk menyelamatkan diri mereka sendiri dengan menaati atau melakukan hukum Taurat. Tetapi hanya melalui iman didalam Yesus Kristus mereka berbaik semula dengan Tuhan atau diselamatkan atau dibenarkan.
Dengan itu Paulus memperingatkan Jemaah yang ada di Galatia bahawa “…orang berbaik semula dengan Allah kerana percaya kepada Yesus Kristus, dan bukan kerana mengikut Taurat..”, orang berbaik semula dengan Tuhan atau dibenarkan di hadapan Tuhan bukan kerana taat kepada hukum Taurat tetapi kerana percaya kepada Kristus Yesus.
Oleh itu kita berbaik semula dengan Tuhan hanya melalui iman kita secara peribadi didalam Yesus Kristus dan bukan melalui menaati Hukum Taurat.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon pengampunan daripadaMu kiranya saya tidak meletakkan kepercayaan saya sepenuhnya kepadaMu, sebab saya tahu hanya melalui iman saya kepadaMu saya dibenarkan atau diselamatkan. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.
Pr Patrick Taie
Comments