top of page

Kerana Injil Paulus Menderita


“…Oleh sebab aku mengisytiharkan Berita Baik itu, aku menderita, bahkan aku dirantai seperti seorang penjahat. Tetapi firman Allah tidak dapat dirantai......” 2 Timotius 2:9


Paulus berkata kepada kita, bahawa dia menderita dan diikat dengan rantai seperti orang yang benar-benar melakukan kesalahan. Oleh kerana dia memberitakan Berita Baik tentang keselamatan didalam Yesus Kristus. Walaupun secara jasmani Paulus diikat dengan rantai dalam penjara namun firman Tuhan itu tidak akan terbelenggu.


Paulus dihalang untuk memberitakan Berita Baik dengan mengangkap dirinya lalu dimasukkan ke dalam penjara. Namun mengngkap dirinya tidak sekali kali dapat menghalang Berita Baik daripada didengar dan menyentuh hati orang lain.


Oleh itu kita tidak perlu kuathir oleh kerana kita tidak diterima dan dihalang untuk memberitakan Berita Baik itu, sebab memberitakan kebenaran Firman Tuhan kita akan menghadapi penderitaan dan penolakkan.


Namum setiap apa yang kita lakukan dalam pelayanan Tuhan tidak akan sia-sia oleh itu selagi ada peluang layani Tuhan…


Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon kekuatan, hikmat dan bimbinganMu agar saya sentiasa menceritakan Yesus kepada semua orang tanpa takut atau malu. didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa, amin.


Pr Patrick Taie

תגובות


bottom of page