top of page

Kerana Ketulusan, Tuhan Menolongnya


“…Engkau akan menolong aku, kerana ketulusanku; Engkau membolehkan aku berada di hadirat-Mu selama-lamanya.…” Mazmur 41:13


Pemazmur memberitahu kita bahawa oleh kerana ketulusan hatinya maka Tuhan menolong atau melindungi dirinya. sehingga Tuhan menerima dia dan membolehkan dirinya untuk berada didalam hadiratNya untuk selama-lamanya.


Apakah maksud “..ketulusan hati..”? ketulusan hati bererti mutu hati seseorang yang bebas daripada berpura-pura, tipu daya dan kemunafikan. Selain itu “..ketulusan..” juga dijelaskan sebagai kesungguhan hati yang bersih atau benar. Tulus selalu ditafsir sebagai sikap jujur dan ikhlas.


Pada saat ini pemazmur sedang bergumul dengan keadaan dirinya yang didalam ketidakberdayaan, namun dia memilih untuk meletakkan seluruh keyakinannya pada Tuhan, tanpa membiarkan hatinya dikuasai dendam, kebencian terhadap musuhnya.


Walaupun musuh-musuhnya mengolok dirinya namun dia tetap meliharakan hatinya tulus dihadapan Tuhan, oleh kerana ketulusan hatinya maka Tuhan menolong dan melindungi dirinya


Bagaimana dengan diri anda pada saat ini? apakah kita telah memeliharakan hati kita tetap tulus selama ini. sebab ketulusan akan menyebabkan kita dibenarkan untuk berada didalam hadirat Tuhan selama-lamanya.


Oleh itu jalanilah kehidupan yang berdasarkan pada ketulusan dan kepercayaan kepada Tuhan, maka Dia akan menolong dan melindungi dirinya


Doa: Bapa yang di surga, ampunilah saya, atas segala dosa-dosa saya. ajarlah saya untuk menjalni kehidupan yang berkeanaan dihadapanMu, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page