“….Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN, nyatakanlah apa yang harus aku lakukan. Ajarlah aku supaya aku hidup menurut kehendak-Mu, kerana Engkau penyelamatku. Aku selalu berharap kepada-Mu....…” Mazmur 25:4-5
Pemazmur datang kepada Tuhan untuk memohon bimbingan daripadaNya tentang apa yang harus dia melakukan (Mazum 25:4-5). Untuk menolong dirinya supaya mengetahui jalan-Nya dan mengajar dirinya jalan-jalanNya.
Berdasar pada permohonan pemazmur ini kita sedar bahawa pemazmur mengakui bahawa dia sangat memerlukan tuntunan Tuhan bagi hidupnya. Selain itu dia juga sangat memerlukan Tuhan untuk mengajar dia akan kebenaran-Nya. Sebab Dia adalah Allahnya, penyelamatNya hidupnya.
Dan hanya kepadaNya dia percaya setiap hari. Bagaimana dengan diri kita pada hari ini, apakah anda sedar bahawa anda sangat memerlukan Tuhan bagi hidupmu setiap hari. Sebab tanpa bimbingan Tuhan hidup kita hancur oleh kerana kesulitan dan ancaman dunia ini.
Dengan itu kita sangat memerlukan bimbingan daripada Tuhan bagi hidup kita setiap hari supaya kita tahu apa yang harus dia melakukan. Sebab didalam dunia ini kita akan menghadapi berbagai cabaran dan ancaman. Untuk menghadapi semuanya ini kita perlu campurtangan Tuhan dalam hidup kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, dan merendahkan diri dihadapanMu memohon pertolongan dan bimbinganMu setiap hari bagi hidup saya. Didalam Engkau saya kuat diluar Engkau saya lemah. Bimbinglah saya Tuhan, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments