top of page

Kesan Kebimbangan Terhadap Fizikal


Siapakah dalam kalanganmu yang dapat melanjutkan usianya sedikit pun dengan menaruh khuatir? (Lukas 12:22-34, a.25)


Renungan:

‘Bimbang,’ komen seorang doktor perubatan, ‘adalah pasir dalam mesin kehidupan.’ Dia menambah: ‘Ketika kita menakluki bahagian penyakit fizikal, kita kalah dalam pertempuran bahagian mental dan rohani.’ Kita hampir mengetahui semua perkara tentang kehidupan kecuali bagaimana cara untuk menjalaninya.’ Seorang doktor lain mengakui: ‘Ketika saya menemukan punca penyakit fizikal asli, saya mula berasa seperti doktor semula.’ Persatuan Perubatan British mendakwa bahawa antara 60 dan 80 peratus masalah fizikal berpunca daripada pemikiran kita. Menurut pakar jantung, ‘bukan arteri kita yang menjadi masalah tetapi sikap kita.’ Kesan kebimbangan terhadap sistem fizikal diketahui dengan baik oleh semua orang yang terlibat dalam merawat masalah fizikal. Seorang pakar optik telah mendapati bahawa kebimbangan bahkan boleh merosakkan penglihatan kita. Dia berkata, ‘apabila seseorang itu kecewa dan bimbang, ketegangan boleh menjejaskan otot mata, dan kemudian orang itu akan menjadi lebih bimbang.’


John Evans, seorang pastor di Kanada, menceritakan kisah seorang eksekutif perniagaan yang menderita sakit perut dan gejala usus selama kira-kira enam bulan. Masalahnya berakar umbi dalam kejadian ini. Sementara menunggu keputusan doktor mengenai kesnya, dia menyalin empat perkataan panjang daripada rekod perubatannya semasa ketiadaan doktor dari bilik itu. Dia gagal menemukan maksud daripada kata-kata ini tetapi percaya bahawa kata-kata itu menunjukkan dia mempunyai keadaan yang tidak boleh diubati. Apabila doktor lain memeriksanya dan menjelaskan maksud dari istilah-istilah perkataan itu, dia pergi dengan perasaan lega dan tidak mempunyai gejala lagi.


Jelas sekali, kebimbangan menjejaskan sistem fizikal kita. Tiada organ yang kebal dari kebimbangan. Jadi lebih baik kita berhenti untuk berasa bimbang sebelum kesihatan dan keberkesanan kita menjadi semakin lemah.


Rujukan:


Yosua 2: 8-14;

Hab. 3:16;

Lukas 12:6-7


Doa:

Ya Tuhan, masuklah ke dalam hidupku dan hilangkan segala kebimbangan yang tidak berguna. Bertahtalah dalam hidupku, kerana di mana Engkau berada, kebimbangan tidak boleh ada. Jika Engkau tidak ada, kebimbangan dan penyakit fizikal semakin meningkat. Melalui Roh Kudus-Mu masuklah kedalam hidup saya. Saya mahu. Dalam nama Yesus. Amin.


Rev Gerawat Maran

Comments


bottom of page