top of page

Ketahui Firman-Nya dan Karya-Nya

Bacaan alkitab: 1 Samuel 7-11


“Ketika mereka turun sampai ke ujung kota, berkatalah Samuel kepada Saul: ““Katakanlah kepada bujang itu, supaya ia pergi mendahului kita, tetapi berhentilah engkau sebentar, maka aku akan memberitahukan kepadamu firman Allah.”” (1 Sam 9:27)

Kehidupan Raja Saul menonjol sebagai kehidupan penuh tragedi yang terdiri daripada serangkaian situasi dan keputusan yang, akibat dari perwatakannya yang bermasalah, menyebabkan kematiannya sendiri dan kematian orang-orang yang dikasihinya.


Dia bermula dengan baik, dengan iman sederhana yang bergantung kepada Samuel untuk menunjukkan lokasi keldai bapanya yang hilang. Dia ialah seorang pemimpin yang kuat dan berani, menang dalam pertempuran di Yabesh Gilead dan, setelah mengalami tangan Tuhan yang kuat dalam memberikan kemenangan kepada Israel, memberi kemuliaan kepada Tuhan.


Malangnya, banyak hal merosot dari sana untuk Saul, dan satu hal yang menonjol ialah kegagalannya yang berulang kali untuk mematuhi firman dan perintah Tuhan. Samuel berkata kepada Saul dengan ayat yang terkenal ini, “Sesungguhnya, mematuhi itu lebih baik daripada korban sembelihan...” (1 Sam 15:22 - AVB).


Dalam hidup kita hari ini, kita tahu pekerjaan Tuhan kerana kita melihat dan mengalami tangan-Nya yang kuat berkarya dalam hidup kita dan di gereja kita masing-masing. Namun, iman dan kepercayaan kita kepada Dia akan terbantut jika kita hanya bergantung pada peristiwa-peristiwa “perasaan baik” ini. Beberapa hari yang lalu, saya menulis bahawa iman kita akan dibangunkan dengan mengalami tangan Tuhan dalam hidup kita. Hari ini, saya ingin menambahkan bahawa iman kita akan tumbuh dengan cepat jika kita mengetahui firman-Nya, percaya pada janji- janji-Nya dan mematuhi perintah-perintah- Nya, sesuatu yang gagal dilakukan Saul.


Elder Lee Choong San, NECF

Comments


bottom of page