top of page

Ketakutan Pemazmur



“…Janganlah buang aku daripada hadirat-Mu; janganlah ambil Roh-Mu yang suci daripadaku.…” Mazmur 51:13


Pemazmur memohon kepada Tuhan agar dia tidak buang daripada hadirat-Nya; dan Tuhan tidak mengambil Roh-Nya yang suci daripada dirinya. Apakah yang dimaksudkan oleh pemazmur dengan jangan buang dirinya daripada hadiratNya dan mengambil RohNya daripadanya?


Hal ini bererti pemazmur memohon kepada Tuhan agar tidak menutup pintu bagi dirinya diperkenankan dihadapan-Nya atau tidak disingkirkan keluar dari perlindungan-Nya atau tidak dilarang bersekutu denganNya.


Sebab pemazmur tahu bahawa apabila dia disingkirkan daripada hadirat Tuhan maka dia secara langsung terkeluar daripada perlindungan Tuhan. Terkeluar daripada perlindungan Tuhan bermaksud hidup tanpa ada perlindungan.


Ini sebabnya pemazmur takut jika Roh Tuhan diambil daripadanya, sebab berdasar pada pengalaman dirinya didalam menghadapi berbagai tentangan, tanpa Roh Tuhan bersama-sama dengan dirinya, dia lemah atau kalah.


Oleh itu pemazmur memohon kepada Tuhan agar Roh Tuhan supaya tidak meninggalkan dirinya, sebab bersama-sama dengan Tuhan dia aman dan selamat, sebab yang bertindak bagi dirinya adalah Tuhan. Bersama dengan Tuhan, pemazmur menikmati kemenangan demi kemenangan.


Apakah yang anda takut dalam hidup anda pada hari ini?



Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, memohon bimbingan daripadaMu, tuntunlah hidup saya setiap hari. Sebab tanpaMU saya lemah didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.


Pr Patrick Taie

Comments


bottom of page