“…Aku sangat ketakutan, ngeri akan dahsyatnya kematian. Aku diliputi ketakutan dan kegentaran, dan dicengkam oleh perasaan seram...…” Mazmur 55:5-6
Ketakutan akan kematian merupakan hal yang biasa dihadapi oleh setiap orang yang masih didunia ini, demikian juga dengan pemazmur ini. dia berkata kepada kita bahawa sangat ketakutan, ngeri akan dahsyatnya kematian. Aku diliputi ketakutan dan kegentaran, dan dicengkam oleh perasaan seram.
Mengapa pemazmur berkata bahawa dia sangat ketakutan, ngeri akan dahsyatnya kematian?
Sebab pada saat ini pemazmur sedang menghadapi ancaman-ancaman dan penghinaan-penghinaan yang datang daripada pihak Absalom, yang membangkitkan kemarahan, menakut-nakutkan, dan menghasut rakyat banyak untuk berteriak-teriak melawan dirinya dan mengusirnya daripada istananya dan daripada ibu kota.
Oleh kerana keadaan yang dilaluinya maka ketakutan dan kegelisahan akan kengeriannya maut menghantui telah dirinya. Namun dalam perasaan yang demikian pemazmur datang kepada Tuhan memohon pertolongan dan perlindungan.
Bagaimana dengan diri anda hari ini? sewaktu pemazmur melalui keadaan yang sangat sukar dalam hidupnya. Dia merasa takut akan kengerian dahsyatnya kematian. Apakah yang menyebabkan anda merasa ketakutan akan kematian hari ini?
Ingat datanglah kepada Tuhan untuk memohon pertolongan dan kekuatan agar semua kita tidak akan takut akan kematian jasamni. Sebab yang berkuasa dalam hidup ini adalah Tuhan baik sekarang mahupun yang akan datang.
Dalam Tuhan segala ketakutan akan lenyap, kerana dalam Tuhan hidup kita terjamin.. pilih Tuhan Yesus bagi hidup kita.
Doa: Bapa yang di surga, saya datang kepadaMu, saya menyerah seluruh kehidupan saya kepadaMu, bimbingkanlah dan pimpinkanlah saya dalam segala jalan saya, agar saya terus yakin akan kehidupan saya didalamMU, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Commentaires