Apabila anda memandang dunia kita sekarang, anda akan melihat begitu banyak kesakitan dan kehancuran. Ramai individu yang memuat naik gambar-gambar gembira tetapi apabila anda berbual dengan mereka—mereka sebenarnya dalam keadaan tercari-cari, tidak bahagia, dan tidak puas dengan hidup mereka.
Terdapat peperangan dan orang kehilangan nyawa. Terdapat media sosial yang memutarbelitkan generasi bahawa ia adalah perkara yang biasa kerana semua orang melakukannya. Terdapat luka dan perpecahan di antara keluarga, ibu bapa, dan anak-anak saling menyakitkan hati. Terdapat peperangan mental dan kemurungan meresap ke dalam fikiran generasi muda.
Dan maka, saya bertanya kepada Tuhan. "Tuhan, di mana Engkau dalam semua ini? Bagaimana saya boleh berkongsi kepada dunia bahawa Engkau di sini bersama kami? Bahawa Engkau hadir, lembut, adil, penyayang, Bapa yang penuh kasih?"
Kemudian saya diingatkan semula dengan ayat ini:
"Diamlah, dan ketahuilah Aku Allah" Mazmur 46:10
Bahawa Allah tahu. Dan Dia melihat kita. Dia ingat akan kita. Pada satu ketika dalam hidup anda, mungkin anda akan bertanya-tanya di mana kebaikan dan keindahan dalam dunia ini ketika anda melihat orang mati dan terluka?
Tetapi apabila anda memandang matahari, ia sentiasa terbit. Ia mungkin terasa seperti gelapnya dunia ini dan malam terasa abadi, tetapi apabila ia bersinar sekali lagi pada pagi hari—anda tahu ada harapan.
Dan jadi, saya menyuarakan perdamaian dan penyembuhan bagi mereka yang terluka dan berjuang. Semoga anda mengingati bahawa Tuhan boleh menjadi tempat persinggahan dan benteng anda, bahawa walaupun dalam kekacauan dunia ini, peperangan yang mengamuk di dalam fikiran anda, pertempuran dalam keluarga atau kewangan anda, dan hubungan-hubungan yang kini hilang. Anda boleh berdiri dengan berani sekali lagi. Anda masih boleh beribadah walaupun dengan kesakitan.
Anda mungkin menangis, tetapi anda juga bersorak-sorai kerana anda tahu bahawa anda mungkin menghadapi kesulitan dalam dunia yang rosak ini, tetapi kita menderita bersama-sama dengan Yesus kerana ini bukanlah rumah sebenar kita.
Semoga anda mendapat keselesaan dalam ini: Berhentilah, dan ketahuilah bahawa Dia adalah Allah.
Jemimah Ramos
Kommentare