“...Ketetapan TUHAN lebih berharga daripada emas murni, lebih manis daripada madu........ Maz 19:11
Pemazmur berkata bahawa Ketetapan TUHAN itu lebih berharga daripada emas murni, dan lebih manis daripada madu. Hal ini berkata kepada kita tentang Firman Tuhan itu lebih jauh berharga daripadai segala kekayaan di dunia ini
Itulah sebabnya pemazmur mengungkapkan rasa penghargaannya yang sangat tinggi terhadap firman Allah, dan keuntungan yang sangat besar dia perolehi dan miliki didalam Firman Tuhan.
Ajaran Firman Tuhan itu lebih indah daripada emas, yang mengatakan bahawa ia lebih bernilai daripada segala kemuliaan harta yang ada didunia ini, sebab keindahannya adalah, sempurna, teguh, tepat, murni, dan benar.
Oleh itu kita perlu menerima Firman Allah itu ke dalam hati kita secara peribadi, sebab dengan menerimakannya ke dalam hati kita maka iman kita akan dikuatkan, sebab melalui Firman Tuhan kita akan menemui kebenaran untuk kehidupan kita.
Dengan itu marilah kita membiarkan Firman Tuhan itu menguasai diri kita secara peribadi sebagai sebuah anugerah yang sangat berharga didalam kehidupan kita setiap hari ini, agar kita dapat mengenal Dia lebih mendalam secara pribadi.
Doa: Bapa yang di surga, saya sangat berterima kasih ke atas FirmanMu, kuasailah saya dengan FirmanMu agar saya akan menjadi lebih mengenaliMU, didalam nama Tuhan Yesus saya berdoa amin.
Pr Patrick Taie
Comments